Harian Metro

AIR MATA DUKA

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Bekas guru wanita di sebuah sekolah swasta menangis selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, di sini, semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati selepas tertuduh didapati bersalah mengedar syabu seberat 959.5 gram (g) pada 2013.

Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Suhailah Abdullah, 44, selepas berpuas hati apabila pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Suhailah yang memakai baju kurung berwarna coklat dan tudung labuh hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika hukuman dibacakan.

Bagaimanap­un, sebaik tertuduh keluar dari pintu mahkamah, Suhailah kelihatan sebak sebelum ditenangka­n peguam belanya, Datuk Seri Rakhbir Singh.

Mengikut pertuduhan, Suhailah dituduh mengedar syabu seberat 959.5g di Balai Ketibaan Antarabang­sa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, jam 11.50 pagi pada 27 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mac 2015, pertuduhan dipinda kepada hukuman lebih ringan dan Suhailah dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan.

Pertuduhan dipinda mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) (r) akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan rotan tidak kurang daripada 10 sebatan.

Bagaimanap­un, pihak pendakwaan membantah keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tertuduh dan pada 18 Julai 2016, Mahkamah Rayuan mengarahka­n kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk tertuduh membela diri daripada pertuduhan asal.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun.

Sementara itu, Rakhbir ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukak­an rayuan.

 Bekas guru didapati bersalah edar syabu

dihukum gantung sampai mati

 ??  ??
 ??  ?? SUHAILAH bergenang air mata ketika keluar dari pintu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.
SUHAILAH bergenang air mata ketika keluar dari pintu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia