Harian Metro

Terkenang arwah anak sedia juadah

- Am@hmetro.com.my

“Walaupun setahun sudah berlalu tapi saya masih tidak boleh lupakan dia (arwah Ruslan), jika hendak raya dia yang paling sibuk beli ayam dan daging untuk dimasak sempena juadah Aidilfitri,” luah Siah Besar, 66, ibu kepada Ruslan Musa yang terkorban bersama isteri, Suhanna Salleh dan anak saudara mereka dalam kemalangan jalan raya tahun lalu ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, empat hari lagi.

Kata Siah, Ruslan adalah anak ketiga daripada tujuh beradik yang dibesarkan di Kampung Pantai Bernas, di sini, dan turut tinggal berhampira­n rumahnya.

“Tahun lalu hari raya kami sekeluarga suram, anak menantu kami pergi dalam keadaan yang tidak diduga.

“Aidilfitri kali ini pun kami menyambutn­ya secara sederhana.

“Apa yang penting saya dan suami (Musa Idris, 74) dapat beraya bersama anak dan cucu kami terutama empat anak arwah,” katanya.

Siah yang begitu terkesan dengan pemergian anak ketiganya itu bagaimanap­un reda dengan takdir ditentukan Allah SWT dan mengharapk­an empat cucunya iaitu Mohd Fazli, 20, Mohd Sani, 17, Mohd Nur Iman, 13 dan Nur Aieshah Qalysha, 8, dapat meneruskan kehidupan masing-masing biarpun kasih sayang yang diperoleh mereka dulu tidak sama lagi.

Katanya, dia bersyukur walaupun mereka hidup dalam keadaan sederhana tetapi dia dan suami dapat membahagia­kan empat cucu mereka itu yang kini tinggal di rumah pusaka peninggala­n bapa mereka di Kampung Pantai

Bernas.

“Sumbangan orang ramai juga ada terutama pemberian baju dan barangan keperluan lain tapi bab masak dan keperluan harian saya dan abang sulung (Mohd Fazli) yang banyak menguruska­nnya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Siah berharap, empat cucunya itu mampu meneruskan kelangsung­an hidup dengan tabah dan berdikari walaupun mereka bergelar yatim piatu.

 ??  ?? MOHD Sani bersama adik-adiknya menziarahi pusara ibu dan ayah mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Bernas, Rompin.
MOHD Sani bersama adik-adiknya menziarahi pusara ibu dan ayah mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pantai Bernas, Rompin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia