Harian Metro

DAGING RM24 SEKILO

- Meor Riduwan Meor Ahmad, Omar Osman dan Azahar Hashim am@hmetro.com.my

Pembeli beratur seawal pagi elak terlepas peluang

Alor Setar

Memasuki tahun ketiga penganjura­nnya, Festival Daging Raya Aidilfitri: Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) terus mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada masyarakat.

Difahamkan seawal jam 6.30 pagi orang ramai sudah berbaris panjang di 21 pusat jualan yang juga Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional seluruh negeri bagi mengelak terlepas peluang membeli daging lembu tempatan segar yang dijual lebih murah berbanding di pasaran.

Tinjuan mendapati jualan bermula jam 8.30 pagi dan bekalan daging lembu habis dalam masa dua jam menyebabka­n ada yang pulang dengan tangan kosong.

Festival ini diadakan serentak di semua pusat jualan terbabit dan tahun ini 30,000 kilogram (kg) daging, tulang dan bahagian lain disediakan untuk jualan.

Majlis pelancaran­nya disempurna­kan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Taman Wira Mergong, di sini yang dihadiri lebih 2,000 orang.

Ahmad Bashah berkata, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah

Sdn Bhd (KLPK) memperuntu­kkan RM675,000 bagi festival itu dan sebanyak 203 lembu yang didatangka­n dari Ladang Laka Temin, Bukit Kayu Hitam disembelih berbanding 200 pada tahun lalu.

“Tahun lalu kita adakan festival ini di satu tempat, tahun ini dipecahkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya semua rakyat dapat merasai pembelian daging yang luar biasa harganya.

“Kita jual daging lembu ini RM24 sekilogram berbanding pasaran RM33 sekilogram tetapi dihadkan dua kilogram untuk seorang.

“Bukan hendak untung sangat, tapi bagi rakyat merasa beli daging murah untuk dimasak rendang dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program itu.

Beliau berkata, serentak festival itu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga melancarka­n Program Gelombang Jualan Terus kepada Rakyat.

“Menerusi program ini LKIM menjual ikan kembung dan selayang serta itik pada harga separuh dari pasaran.

“Misalnya, ikan kembung dijual RM8 sekilogram, malah pengguna juga mendapat tambahan setengah kilogram ikan secara percuma,” katanya.

 ??  ?? PEMBELI beratur panjang untuk membeli daging yang dijual pada harga lebih murah.
PEMBELI beratur panjang untuk membeli daging yang dijual pada harga lebih murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia