Harian Metro

ASLI TETAP LARIS

Lambakan produk segera tak jejas juadah tradisi

- Togi Marzuki am@hmetro.com.my

Pontian

Lambakan ketupat segera di pasaran tidak memberi kesan kepada pengusaha ketupat, Habibah Isnin, 56, bahkan rezeki bermusim itu sentiasa ada berikutan keistimewa­annya yang juga juadah wajib ketika menyambut Aidilfitri.

Bagi Habibah, rezekinya bukan saja datang daripada penduduk tempatan, bahkan turut menerima tempahan daripada warga Singapura.

Katanya, setiap tahun dia menghasilk­an kira-kira 30,000 ketupat untuk pasaran Singapura.

“Pada mulanya, saya hasilkan ketupat hanya untuk kegunaan sendiri selain memberinya kepada saudara. Tidak lama kemudian, ramai penduduk setempat yang membuat tempahan sebelum ia dipasarkan ke Johor Bahru selain Singapura.

“Biarpun bermusim, namun hasil perniagaan ini dapat membantu menambah pendapatan keluarga memandangk­an suami bekerja sebagai nelayan,” katanya yang menetap di Kampung Sri Mahkota, Jalan Parit Ibrahim di sini.

Habibah berkata, dia belajar menghasilk­an ketupat daun kelapa itu daripada ibunya dan ia perlu dianyam dengan teliti untuk

menjamin mutu dan ketahanann­ya.

Katanya, dia hanya menganyam daun kelapa yang sesuai bagi menghasilk­an ketupat disukai ramai seperti ketupat bawang dan pasar malah ketupat berkenaan direbus hampir lapan jam bagi menepati cita rasa keaslianny­a.

Ibu kepada sembilan anak dan nenek kepada enam cucu itu berkata, dia berniaga sejak 15 tahun lalu dan turut dibantu suami selain lima pekerja.

“Tiada peralatan canggih atau kaedah moden digunakan untuk menganyam ketupat daun kelapa ini. Sebanyak mana pun jumlah tempahan, ia dihasilkan oleh individu yang berkemahir­an dalam bidang anyaman,” katanya.

Menurut Habibah, bekalan daun kelapa diperoleh di pusat pengumpula­n di Pangkalan Nelayan Tanjung Benut.

“Bahan mentah ini dibawa dari Indonesia dan pangkalan nelayan ini menjadi destinasi utama kepada penduduk dan pengusaha ketupat di daerah ini bagi mendapatka­n daun kelapa segar,” katanya.

Suaminya, Osman Bakar, 58, berkata, mereka bukan saja mahir menganyam ketupat malah secara tidak langsung mewarisi menu tradisiona­l generasi terdahulu.

 ??  ?? PEKERJA menganyam ketupat di rumah Habibah.
PEKERJA menganyam ketupat di rumah Habibah.
 ??  ?? HABIBAH menunjukka­n ketupat yang siap dimasak.
HABIBAH menunjukka­n ketupat yang siap dimasak.
 ??  ?? KANAK-KANAK membantu mengangkat ketupat yang siap direbus.
KANAK-KANAK membantu mengangkat ketupat yang siap direbus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia