Harian Metro

DUDA TERLAMPAU

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Seorang tukang rumah Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas enam pertuduhan termasuk menyamun dan merogol seorang wanita serta melarikan diri daripada lokap tahanan polis, baru-baru ini.

Rahim Muhamad Pugawan, 23, yang berasal dari Madura membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Surita Budin.

Mengikut dua pertuduhan awal, dia didakwa menyamun telefon bimbit seorang wanita berusia 34 tahun dengan menggunaka­n pisau dan merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Rantau Panjang, di sini, jam 4.30 pagi, 7 Jun lalu.

Bagi dua pertuduhan berikutnya, dia didakwa menyamun tablet dan telefon bimbit milik dua individu serta menyerang seorang wanita berusia 22 tahun dengan niat mahu mencabul kehormatan di sebuah rumah di Bukit Kapar, jam 3.30 pagi, 27 Mei lalu. Duda yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) itu turut didakwa sengaja melarikan diri daripada tahanan polis di tandas pejabat Detektif dan Soal Siasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, jam 3.30 petang, Isnin lalu.

Bagi pertuduhan terakhir, Rahim didakwa memasuki negara ini tanpa memiliki dokumen sah di Plaza Tol Grand Shapadu, Bukit Raja, jam 4.30 petang, 13 Jun lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2), Seksyen 354, Seksyen 392/397 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun hingga 30 tahun atau denda dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Rizal Azani Zainal Adzam yang mengendali­kan kes memohon tarikh sebutan semula untuk jatuh hukum bagi penyediaan fakta kes.

Tiada kos ikat jamin ditawarkan berikutan tertuduh merupakan warga asing. Surita menetapkan sebutan bagi semua kes

Pendatang asing tanpa izin mengaku samun, perkosa, lari dari lokap

pada 20 Julai ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan tertuduh merogol mangsa dengan kemaluanny­a yang mempunyai ketika dia dan dua lagi rakannya memecah masuk rumah berkenaan.

Menerusi operasi khas jenayah, mereka ditahan di Plaza Tol Grand Shapadu seminggu kemudian namun suspek melarikan diri melalui tandas IPD Klang Utara dengan keadaan tangan bergari.

“Suspek berpura-pura kononnya mahu membuang air tetapi dia mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas berkenaan.

Bagaimanap­un, lelaki itu ditahan semula dalam tempoh kurang 24 jam ketika cuba mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kampung Baru Hicom, Shah Alam.

 ??  ?? RAHIM dikawal ketat ketika dibawa keluar dari mahkamah.
RAHIM dikawal ketat ketika dibawa keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia