Harian Metro

Dituduh songlap RM81,495

-

Bekas pegawai bank wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitka­n wang pelanggan berjumlah RM81,495 yang diamanahka­n kepadanya untuk membayar tunggakan pinjaman perumahan, sejak tiga tahun lalu,

Tertuduh, Shifarina

Sharif Puddin, 33, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S Indra Nehru.

Bagi semua pertuduhan itu, Shifarina yang ketika itu pegawai bank CIMB didakwa dengan curangnya melakukan pecah amanah jenayah dengan mengambil wang tunai yang diamanahka­n pelanggan kepadanya untuk membayar tunggakan pinjaman perumahan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukann­ya di CIMB Cawangan Jelapang, Ipoh, pada Oktober 2015 hingga Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Sesyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwara­ya, Sally Chai manalala tertuduh diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah.

Indera kemudianny­a membenarka­n ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan itu menjadikan jumlah keseluruha­n RM40,000.

Kes disebut semula 17 Julai ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwara­ya, Sally Chai manakala tertuduh diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia