Harian Metro

MALANG KOMANDO

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

 Empat anggota tentera cedera dalam nahas

Hasrat empat anggota tentera pulang berhari raya bertukar tragedi apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin, berhampira­n Bukit Lintang, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, Perodua Myvi berwarna kuning dipandu Muhammad Amirul Kamaruddin, 21, bersama tiga rakannya Khairul Faiszie Ramlie, 21, Muhammad Nur Ariff Idris, 21, dan Muhammad Salihin Abdul Jalal, 22, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tengah jalan sebaik tiba di tempat kejadian dan melanggar pembahagi tengah.

Difahamkan keempatemp­at mangsa beralamat di Markas Tentera Darat, Kementah, Padang Tembak itu datang dari Kem Sungai Udang, di sini, selepas menamatkan kursus latihan komando untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing di Johor.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu PBK II Khairuddin Atan berkata, sebaik tiba di lokasi jam 10.10 pagi, kereta Perodua Myvi berwarna kuning terbabit dalam keadaan tersangkut pada pembahagi tengah jalan dan terdapat empat mangsa lelaki.

“Pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan cedera parah manakala tiga yang lain turut parah dan mengalami patah anggota badan.

“Kami berjaya mengeluark­an mangsa dan mengawal keadaan dalam tempoh 20 minit. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka menggunaka­n dua ambulans hospital, satu ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan sebuah EMRS,” katanya sambil mengesahka­n 16 anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi menyelamat itu.

Turut memantau operasi terbabit, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Mohamad Nasir Ali.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik negeri Superinten­dan Mohd Sham Abdullah berkata, akibat kejadian itu, semua mangsa cedera parah dan dirawat di Hospital Melaka.

“Pemandu kereta Muhammad Amirul cedera parah di kepala dan tengkuk manakala Khairul Faiszie luka pada muka, Muhammad Nur Ariff (luka belakang badan) dan Muhammad Salihin (luka muka dan tangan serta patah kaki kiri),” kata Mohd Sham ketika dihubungi.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keempat-empat mangsa yang dalam perjalanan ke Muar tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kanan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an
mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia