Harian Metro

DUA INSAN BERHATI MULIA Harga daging melambung tukar kepada itik

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

 Nenek diami rumah pusaka dimakan anai-anai dibantu

Ramadan kali ini amat menceriaka­n Esah Md Derus, 82, apabila didatangi dua penderma yang sudi membiayai kos mengubah suai dan membaiki kediamanny­a di Kampung Solok Pokok Manggis, Pulau Gadong, di sini, yang terjejas teruk akibat serangan anai-anai sejak lebih dua tahun lalu.

Kini, warga emas itu menghuni kediaman terbabit yang dianggarka­n berusia lebih 60 tahun itu seorang diri selepas kedua-dua anak dan suaminya meninggal dunia.

Esah,

bagaimanap­un bernasib baik kerana cucunya iaitu Zaitun Md Yusuf, 40, yang tinggal di rumah bersebelah­an mengambil tahu serta menguruska­n keperluan hariannya termasuk makan dan minum.

“Saya setuju sangat kalau ada orang nak bantu, eloklah rumah pusaka ini dibaiki kerana masalah anai-anai memang teruk, pernah sekali nenek nyaris ditimpa kayu reput, saya risau kejadian sama akan berulang.

“Nak bantu nenek saya sebagai ibu tunggal yang ada lima anak memang tak mampu. Kesian tengok nenek yang terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa kalau hujan kerana bumbung rumah pusaka ini juga banyak yang sudah bocor.

“Nak ajak nenek tinggal bersama di rumah saya, risau kalau dia tak selesa memandangk­an kediaman itu sempit selain itu anak saya ramai,” katanya ketika ditemui, rumahnya, di sini, kelmarin.

Zaitun berkata, dia dan neneknya itu kini bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menampung kehidupan seharian.

Sementara itu penderma terbabit Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, dia dan rakannya Datuk Seri Muhammad Shafie Abdullah, terpanggil untuk membantu kerana bersimpati dengan nasib Esah yang tidak berkemampu­an membaiki kerosakan pada kediamanny­a.

Mohamad Ali berkata, hasil tinjauan dilakukan kontraktor dilantik mengesan banyak kayu pada bahagian bumbung mereput akibat serangan anai-anai. Permintaan terhadap itik menjelang Aidilfitri dikesan meningkat berikutan kenaikan mendadak harga daging di pasaran di daerah ini semalam.

Hari ini, permintaan berkenaan dijangka terus naik kerana kebanyakan pelanggan tidak sanggup membelanja­kan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatka­n daging yang kenaikan harganya disifatkan melampau.

Harga itik nila yang diproses kekal RM20 satu kilogram (kg) seperti tahun lalu tetapi harga daging meningkat kepada antara RM32 hingga RM33 1kg berbanding RM30 hingga RM31 1kg tahun lalu.

Keadaan itu menyebabka­n kebanyakan pengguna memilih mendapatka­n itik dan ayam sebagai pengganti daging.

Peniaga ayam, Shamsul Bokhari Abdul Ghani, 51, berkata semalam sahaja dia menjual 200 itik nila, selain 500 ayam berikutan kebanyakan pelanggan tetapnya beralih kepada itik berbanding daging sebelum ini.

“Itik nila yang tidak diproses saya jual pada harga RM18 1kg dan kebanyakan itik itu dijual penduduk kampung kepada saya,” katanya ketika ditemui di kedai ayamnya di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah semalam.

Shamsul Bokhari berkata, dia sendiri tidak menternak itik tetapi bekalan sentiasa ada sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Katanya. kebanyakan pelanggan lebih gemar memilih itik nila berbanding itik daging kerana isinya lebih kenyal dan tebal.

 ?? FOTO: SALMAH HAMAT ?? MOHAMAD Ali (dua dari kiri) dan Muhammad Shafie (kiri) mendengar rintihan warga emas, Esah di Kampung Solok Pokok Manggis, Pulau Gadong.
ESAH MOHAMAD Ali (kiri), Esah dan Muhammad Shafie melihat kabel elektrik terjuntai selepas kayu mereput akibat...
FOTO: SALMAH HAMAT MOHAMAD Ali (dua dari kiri) dan Muhammad Shafie (kiri) mendengar rintihan warga emas, Esah di Kampung Solok Pokok Manggis, Pulau Gadong. ESAH MOHAMAD Ali (kiri), Esah dan Muhammad Shafie melihat kabel elektrik terjuntai selepas kayu mereput akibat...
 ??  ?? PEMBANTU Shamsul Bokhari, Affendi Bokhari memotong ayam yang dipesan pelanggan di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah.
PEMBANTU Shamsul Bokhari, Affendi Bokhari memotong ayam yang dipesan pelanggan di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia