Harian Metro

Kasanova air mata

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki sanggup berpura-pura menangis selain pandai bermain kata-kata cinta demi mendapatka­n kepercayaa­n serta simpati daripada wanita yang dijadikan mangsa.

Itu modus operandi digunakan seorang kasanova dikenali sebagai Vick, 33, yang mampu mencairkan wanita sehingga mangsa sanggup menyerahka­n wang.

Malah, ada mangsa yang sanggup meminjam daripada along apabila kasanova terbabit memaksa mangsa berbuat demikian kononnya untuk mengembang­kan perniagaan.

Seorang mangsa kasanova terbabit yang mahu dikenali sebagai Linda, 37, berkata, dia kerugian RM21,170 akibat terpedaya dengan janji manis lelaki terbabit.

Beliau berkata, dia mula mengenali lelaki berkenaan melalui aplikasi Wechat pada April tahun lalu sebelum perhubunga­n mereka menjadi lebih intim.

“Vick memaklumka­n dia menyukai saya dan mahu mengambil saya sebagai isteri. Pada mulanya saya tidak percaya namun semakin lama saya semakin mempercaya­i kata-katanya sebelum dia menyatakan mahu meminjam wang daripada saya untuk membeli tiga lori bagi mengembang­kan perniagaan­nya.

“Saya dibawa untuk membuat pinjaman along sebanyak RM7,000 selain saya membuat pinjaman peribadi daripada bank sebanyak RM10,000. Dia meyakinkan saya bahawa apa yang dibuat adalah demi ke- bahagiaan kami bersama pada masa depan,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, Jalan Ampang, semalam.

Menurut Linda, dia juga menyerahka­n wang simpananny­a RM4,170 dan lelaki berkenaan berjanji membayar semua hutang secara ansuran setiap bulan.

“Lelaki itu mula menghilang­kan diri dan mengelak untuk berjumpa dengan saya. Pada September hingga Disember tahun lalu, dia memberikan cek tunai atas nama saya, namun tiga cek berkenaan tiada wang.

“Lebih memilukan apabila pada Januari lalu saya mengetahui lelaki yang tinggal di Ampang itu sudah beristeri dan segala cerita mengenai dirinya semuanya palsu. Saya terpedaya dengan lelaki itu dan saya dapati dua lagi wanita turut dibawa lelaki terbabit untuk berjumpa dengan along sama bagi membuat pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, beliau mahu wanita yang menjadi mangsa lelaki terbabit diminta tampil membuat laporan polis dan berjumpa dengannya.

 ??  ?? LINDA menunjukka­n gambar suspek.
LINDA menunjukka­n gambar suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia