Harian Metro

Lima guru tulang belakang SRIITIZ

-

Tenaga pengajar Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Miri (SRIITIZ) terdiri daripada mereka yang berkelulus­an dalam pelbagai bidang dan berpengala­man.

Mudir SRIITIZ Ustaz Aiman Abdul Ghafar, 27, berkata, terdapat lima guru iaitu dua lelaki dan wanita yang menjadi tulang belakang sekolah itu.

Menurutnya, pendidikan dan kelulusan adalah pakej terhadap mereka. Bagaimanap­un, apa yang penting adalah keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaik­an ilmu kepada murid.

“Alhamdulil­lah, setiap guru memberikan komitmen tinggi terhadap murid walaupun perlu berdepan dengan pelbagai kerenah mereka.

“Namun, berkat kesabaran mereka, setiap murid di sini umpama keluarga,” katanya.

Seorang guru, Maisarah Mohd Zamri, 22, berkata, memang menjadi cita-citanya sejak kecil untuk menjadi seorang guru terutama di peringkat sekolah rendah.

Menurutnya, apabila dia dimaklumka­n sekolah itu mencari seorang guru, dia segera membuat permohonan dan akhirnya terpilih.

“Alhamdulil­lah, sudah enam bulan saya bertugas sebagai guru Matematik dan Bahasa Malaysia,” kata pemegang ijazah Diploma Kejurutera­an Awam itu.

Katanya, walaupun murid di sekolah itu baru berusia tujuh dan lapan tahun, mereka senang diajar dan turut menunjukka­n minat ketika sesi pembelajar­an.

“Malah, hati terang dan cepat belajar terutama membaca dan menghafal surah lazim al-Quran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia