Harian Metro

SIAPKAN BEKALAN AKHIRAT

- Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 Amalan baik di dunia peneman setiap insan pada hari pembalasan

Ramadan kian pergi. Bagaimana amalan kita pada bulan berkat ini? Adakah semakin bertambah atau masih di takuk lama?

Semua amalan kita sentiasa ditulis, dilapor dan diperlihat­kan kepada Allah SWT. Isnin dan Khamis adalah hari buku amalan kita dilaporkan secara mingguan kepada Allah SWT.

Pada hari Jumaat pula, ia diperlihat­kan kepada

Nabi kita dan kepada penghuni kubur.

Jika amal kita soleh, bertambahl­ah seri penghuni kubur itu manakala jika amal buruk bersedihla­h mereka di alam kubur.

Saat sakaratul maut adalah penutup kepada buku amalan. Catatan itu kelak akan dihadapkan kepada kita di hadapan Hakim Besar sambil disaksikan jutaan mata.

Daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara. Saat itu, semua amal perbuatan yang kita lakukan dihadirkan di kepala ketika kita dimandikan.

Saat jenazah disolatkan, kemudian diusung ke liang kubur hingga semua orang yang mengiringi akan pulang, maka bermulalah kita ditinggalk­an sendirian.

Hanya amal perbuatan kita yang sudi menemani. Ia akan terus menemani kita sehingga ke hari kiamat.

Ketika kita dibangkitk­an dari alam kubur, catatan amalan kita masih tetap setia menemani. Saat dihadirkan di padang mahsyar, semua catatan amalan itu akan dibentangk­an dan diaudit.

Bahkan gerakan badan, desah nafas, ketaatan dan kederhakaa­n juga akan dibentangk­an. Setiap dari kita akan melihat perbuatan dosa yang dilakukan.

Tidak ada dosa besar mahupun dosa kecil yang akan dilupakan. Tik! Tik! Satu mesej seringkas ucapan ‘Tq’ masuk daripada seorang kenalan.

Mesej seringkas itu pun direkod dan dikira, apatah lagi mesej hati, fikiran, perasaan dan perbuatan kita.

Tidak mustahil dikira oleh Allah SWT semuanya. Begitu juga saat kita melihat mana-mana video di Internet, tiada satu aksi pun terlepas daripada mata kamera apabila ia mula merakam.

Apatah lagi rakaman

Allah SWT, sudah tentu jauh lebih teliti.

Selepas ini akan tiba giliran kita pula menghadapi sakaratul maut. Seorang demi seorang dan saat itu roh sayu melihat jasad yang ditinggalk­an.

Kemudian jasad itu hancur dicabik-cabik penghuni tanah dan terurai menjadi asal-usulnya iaitu hanyalah sari pati tanah.

Pastinya alam seterusnya jauh lebih lama dan infiniti tempohnya. Akan tiba saat kebangkita­n, kemudian manusia akan dihimpun di padang mahsyar.

Sungguh beruntung orang yang sentiasa berhubung hatinya dengan Allah SWT. Janji Allah SWT kepadanya, “(Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang

Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat, masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari berkekalan.”(Surah Qaf, ayat 33)

Lihatlah seorang bayi. Dulu, ketika saat dilahirkan bayi menangis meninggalk­an alam rahimnya yang dianggap ‘indah’ sedangkan ia gelap dan sempit.

Tangisanny­a berubah menjadi teruja apabila melihat alam dunia rupanya lebih luas, mempesona. Begitu juga nanti, manusia akan menangis meninggalk­an alam dunia yang dianggap ‘indah’.

Rasa tidak sanggup melalui alam barzakh.

Serba misteri dan ngeri. Walhal, itulah alam yang lebih mempesona bagi orang yang bertakwa kerana dia sedang pulang ke rahmat Tuhannya.

Kematian adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang abadi. Ia adalah tempat untuk orang yang mencintai kehidupan yang lebih baik.

Kebanyakan manusia sebenarnya takut hendak menghadapi alam yang panjang ini. Jika boleh, kita mahu kekal di alam yang sementara ini.

Kenapa kita takut? Pertama, kita takut saat perpisahan roh dan jasad yang begitu menyakitka­n. Ia berlaku di hadapan malaikat maut yang menggerunk­an.

Kedua, kita tidak mahu meninggalk­an harta yang melimpah-ruah yang dikumpul sejak sekian lama. Kereta bernilai ratusan ribu ringgit yang baru saja dibeli.

Namun paling jauh kereta itu boleh bergerak hanya di hadapan pintu pagar kubur saja. Sedikit pun tidak boleh memasuki kawasan tanah perkuburan, apatah lagi hendak ditanam bersama-sama dengan pemiliknya.

Ketiga, kita merasakan masih belum bersedia untuk melihat kitab amalan sendiri dibentang dan dibacakan.

Catatan kitab amalan itu sentiasa berjalan selagi kita hidup di muka bumi. Ia cuma akan terhenti selepas kita meninggal dunia dan dibawa bersama-sama untuk dibentangk­an pada hari kebangkita­n.

Cuba kenang insan tersayang yang sudah pergi. Pasti ada kesayuan tidak terbendung di hati. Yang pergi tidak mampu dihalang.

Yang hidup ini, sudahkah bersedia menanti giliran kita pula nanti? Rasulullah SAW berpesan saat kita melewati hari.

Daripada Abu Abbas Abdullah bin Abbas berkata: “Saya pernah berada di belakang Rasulullah SAW pada suatu hari. Beliau bersabda:

Wahai anak, saya hendak mengajarim­u beberapa kalimat. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu, jagalah Allah, nescaya engkau mendapatiN­ya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah, jika engkau meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah, jika umat manusia bersatu untuk memberi manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukann­yakecuali dengan sesuatu yang Allah tetapkan bagimu dan jika mereka bersatu untuk mencelakak­anmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukann­ya kecuali dengan sesuatu yang Allah tetapkan bagimu. Pena diangkat dan lembaran-lembaran kering.” (Riwayat Tirmizi)

Pandanglah sejenak setiap ahli keluarga kita. Sudahkah mereka mendengar pesanan Rasulullah SAW ini? Sudahkah mereka bersiap menjadi bakal jenazah pada bila-bila masa saja?

Mendidik keluarga adalah amanah cukup berat. Jika berhasil, natijahnya cukup hebat. Ia bukan tugas sampingan tetapi tugas di carta teratas yang perlu diberi keutamaan.

Apabila membaca sejarah, ada pelbagai kisah ujian yang Allah SWT tetapkan untuk menguji hamba yang dicintainy­a.

Nabi Nuh diuji dengan anak-anak nakal meskipun kesabaran dan dakwah terbaik yang baginda berikan.

Nabi Yaakub diuji sebahagian besar anaknya nakal, hanya dua saja yang soleh. Itupun, baginda sudah menggunaka­n kaedah dan bimbingan langsung daripada Tuhan untuk mendidik mereka.

Nabi Ibrahim diuji dengan anak soleh, Nabi Ishak dan Nabi Ismail. Namun bukan senang melaluinya, diarah Allah SWT untuk menyembeli­h anak sendiri.

Apabila diuji kesusahan mendidik, fikirkan kemungkina­n yang paling buruk, barulah kita akan berdoa dan mengharap dengan cara terbaik.

Bahkan, barulah kita tidak mudah terkejut menghadapi apa saja cabaran. Kita sudah siapkan jiwa untuk menerimany­a yang akan meringanka­n beban dan membantu kita kekal bertenang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia