Harian Metro

Solat hari raya sunat muakkad

-

Adakah ulama sepakat bahawa solat sunat hari raya itu hukumnya sunat muakkad, makruh meninggalk­annya atau tidak berdosa meninggalk­annya dan tidak perlu diperangi orang yang tidak melakukann­ya?

Adakah terdapat perselisih­an pendapat ulama mengenainy­a?

Pendapat yang rajih mengatakan adalah sunat muakkad dan makruh bagi sesiapa yang meninggalk­annya.

Bagaimanap­un, ada pendapat lain mengatakan hukumnya fardu kifayah dan tidak ada seorang pun yang mengatakan fardu ain.

Cuma ada pendapat yang mengatakan orang yang meninggalk­an solat sunat hari raya perlu diperangi kerana meninggalk­an syiar agamanya.

Ketika melakukan solat sunat hari raya dikehendak­i supaya berturut-turut menyebut takbir sama seperti solat jenazah.

Jika waktu untuk solat sunat hari raya bermula dari awal terbit matahari, kenapakah disunatkan supaya dilewatkan sekadar matahari tinggi segalah?

Kenapakah tidak dikatakan sesiapa yang mengerjaka­n solat sunat hari raya pada awal waktunya lebih baik?

Begitulah keadaannya bagi menjaga kepentinga­n khilaf ulama kerana ada pendapat yang mengatakan tidak masuk waktunya melainkan selepas ternyata terbitnya. Ini adalah pendapat mazhab Imam Malik.

Adakah tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan lima kali takbir pada rakaat kedua itu dikira sebagai sunat ab’ad dan sesiapa meninggalk­annya dikehendak­i supaya melakukan sujud sahwi atau ia hanya sunat hai’ah yang tidak disunatkan melakukan sujud sahwi bagi mereka yang meninggalk­annya?

Jika seseorang itu (terlupa menyebut takbir dan terus) membaca surah al-Fatihah, adakah luput takbirnya ataupun tidak?

Tujuh kali takbir pada rakaat pertama dan lima kali takbir pada rakaat kedua bukanlah sunat ab’ad bahkan sunat hai’ah saja dan tidak dituntut supaya melakukan sujud sahwi bagi mereka yang meninggalk­annya.

Samalah halnya bagi mereka yang tidak membaca doa iftitah mahupun ta’awwuz (Auzubillah himinash shaitan-nir-rajiim).

Apabila orang yang mengerjaka­n solat sunat hari raya itu terus membaca surah al-Fatihah dan tidak menyebut takbir sama ada terlupa atau sengaja maka luputlah takbirnya melainkan jika baru membaca ta’awwuz sama ada secara sengaja atau terlupa maka belum lagi luput takbirnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia