Harian Metro

ERA BARU BERMULA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hme- tro.com.my

 Geely Holding meterai perjanjian dengan DRB-HICOM FAKTA Geely Holding beli

49.9 peratus saham PROTON

Kerjasama strategik antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) berupaya untuk mengembali­kan kegemilang­an pengeluar kenderaan nasional untuk bersaing di pasaran antarabang­sa khususnya di rantau Asia Tenggara dengan lebih pesat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha sama itu secara tidak langsung akan mengangkat pembuat kereta nasional itu ke tahap kejayaan dan masa depan yang terjamin dalam sektor automotif tempatan dan luar negara.

Beliau berkata, ia memberikan satu era baru kepada PROTON untuk terus berkembang sebagai jenama yang unggul dalam pasaran, seterusnya mencipta nama dengan kepelbagai­an produk kereta pada masa akan datang.

Menurutnya, selaras dengan itu, Malaysia juga berpeluang untuk menjadi hab pengeluara­n global model kereta pemanduan kanan Geely di rantau ini.

“Selepas sekian lama dilanda kemelut kerugian, PROTON akhirnya menemui rakan paling sesuai dalam memacu masa depan gemilang.

“Rakyat mesti tahu kerana Geely adalah pemain industri terbesar dalam dunia automotif dunia sejak 10 tahun lalu. Volvo, sebuah syarikat automotif dari Sweden yang dimiliki Geely menjana keuntungan AS$1.25 bilion, yang terbesar dalam tempoh 90 tahun.

“Malah, dengan memanfaatk­an teknologi dan kepakaran Geely, PROTON kini bersedia menghadapi cabaran mendatang dan tampil sebagai pemain utama segmen automotif dunia,” katanya pada majlis perjanjian muktamad antara DRB-HICOM dan Geely Holding di sini, semalam.

Perjanjian itu memuktamad­kan persetujua­n antara DRB-HICOM dengan Geely Holding bagi membolehka­n syarikat itu membeli 49.9 peratus saham PROTON.

Pada majlis itu, DRB-HICOM diwakili Pengarah Urusan Kumpulanny­a Datuk Seri Syed Faisal Albar manakala Geely Holding diwakili Presidenny­a An Conghui sambil disaksikan Presidenny­a Li Shufu dan Pengerusi DRB-HICOM Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Najib menyuaraka­n keyakinan beliau dalam kerjasama itu.

 ??  ?? NAJIB menyaksika­n Syed Faisal (kiri) dan An Conghui bertukar dokumen pada Majlis Perjanjian Muktamad di antara DRB-HICOM dan Geely Holding.
NAJIB menyaksika­n Syed Faisal (kiri) dan An Conghui bertukar dokumen pada Majlis Perjanjian Muktamad di antara DRB-HICOM dan Geely Holding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia