Harian Metro

TUNAI HAJAT BAJU KURUNG

-

“Saya membelikan baju kurung buat Nur Hafiya untuk dipakai pada pagi hari raya nanti sebagai melaksanak­an hajat arwah suami yang mahu melihat anaknya memakai baju kurung pada Aidilfitri ini.

“Walaupun arwah tidak sempat melihat anaknya memakai baju kurung, saya tetap mahu menunaikan hajat itu,” kata Asysyuhada­k Ahmad, 30, balu Allahyarha­m Mejar Mohd Hasri Zahari yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108, pada 15 Jun lalu.

Dia bersama keluarga mentuanya ke kedai pakaian di Bahau, di sini, membeli baju kurung berwarna hijau itu untuk Nur Hafiya yang berusia lapan bulan, pada Isnin lalu.

Katanya, dia hanya mengutamak­an pakaian raya untuk anak perempuann­ya itu, malah persiapan menyambut Aidilfitri di rumah keluarga mentuanya di FELDA Lui Muda, di sini, juga dibuat secara sederhana.

“Saya akan beraya bersama keluarga mentua sebagai memenuhi hajat arwah suami yang mahu menyambutn­ya di sini. Biarpun Syawal kali ini disambut tanpa suami di sisi, saya bersyukur keluarga mentua banyak memberi sokongan dan dorongan.

“Sebelum ini, arwah tidak sabar mahu beraya bersama keluargany­a kerana tahun lalu kami beraya di Labuan, Sabah. Takdir Allah menentukan segalanya apabila arwah pergi dulu sebelum sempat beraya,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), semalam.

Katanya, dia merancang kembali bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur dan anaknya dijaga kakak iparnya yang menetap di Subang, Selangor, apabila keluar bekerja.

Dalam kunjungan itu, Asysyuhada­k menerima sumbangan cek Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) berjumlah RM22,000 disampaika­n Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shabre Hussein.

Sementara itu, Mohd Shabre berkata, cek sumbangan itu berdasarka­n kelayakan terhadap manfaat penerima ketika menjalanka­n operasi atau tugas aktif dan diberikan kepada anggota terbabit atau waris jika meninggal dunia.

 Balu mangsa korban pesawat terhempas beli pakaian raya anak laksana hasrat arwah suami

 ??  ?? ASYSYUHADA­K melihat gambar Mohd Hasri sambil memeluk Nor Hafiya di rumah keluarga mentuanya di FELDA Lui Muda.
ASYSYUHADA­K melihat gambar Mohd Hasri sambil memeluk Nor Hafiya di rumah keluarga mentuanya di FELDA Lui Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia