Harian Metro

Peniaga sayu kedai makanan terbakar TE RKUJUR ATAS JALAN

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

“Ketika kebakaran, saya berniaga di Bazar Bilion Batu 42 dan terkejut dimaklumka­n kedai makanan terbakar.

“Saya bergegas pulang dan melihat keseluruha­n kedai musnah dan tidak dapat menyelamat­kan apa-apa barangan,” kata Azimah Yunus, 49, menceritak­an kejadian kedai makannya di hadapan jalan utama Baling-Sungai Petani di Kampung Landak, Kupang musnah terbakar, malam kelmarin.

Azimah berkata, anak saudaranya Mohd Shahran Aidil Jailani, 31, yang baru pulang dari Putrajaya singgah tidur di kedainya kerana keletihan memandu.

“Saya menerima panggilan daripadany­a memaklumka­n rumah kedai saya terbakar.

“Api menyala dari rumah, namun saya bersyukur dia terjaga dan selamat,” katanya yang berniaga makanan sejak 30 tahun, di situ.

Azimah berkata, sempena Ramadan, dia berniaga di bazar dan menutup kedainya sebulan dan tidak menyangka kejadian buruk berlaku.

“Kedai itu adalah tempat saya mencari rezeki dan sedih dengan kejadian ini. Namun saya reda dan bersyukur tiada kemalangan jiwa,” katanya.

Kebakaran jam 8 malam itu turut memusnahka­n dua rumah kedai lain.

Ketua Pegawai Penyiasat Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Khairul Anuar Mhd Sayuti berkata, bomba menerima panggilan jam 8.19 malam dan sampai ke lokasi 15 minit kemudian.

Beliau berkata, 40 anggota penyelamat termasuk pasukan bantuan, sahabat bomba dan sukarelawa­n Belia 4B membantu memadamkan api.

Seekor harimau kumbang jantan seberat 60 kilogram ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan berat di Jalan Sungai Yu, Merapoh, Kuala Lipis, kira-kira lapan kilometer dari jejantas laluan haiwan liar atau Sungai Yu, kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Ahmad Azhar Mohammed berkata, pihaknya kini menyiasat punca kejadian yang jarang berlaku di negara ini.

Pemeriksaa­n bangkai haiwan itu mendapati ada kecederaan serius pada beberapa bahagian badan termasuk kepalanya selepas dipercayai dilanggar kenderaan yang dipandu laju.

Katanya, kemalangan membabitka­n harimau kumbang dewasa itu pertama kali dilaporkan di kawasan berkenaan.

“Kejadian harimau kumbang mati dilanggar kenderaan jarang berlaku di negara ini kerana sifat haiwan itu yang bergerak pantas terutamany­a apabila diancam termasuk ketika melintas jalan.

“Saya tidak menolak kemungkina­n kenderaan berat yang melanggar haiwan terbabit dipandu laju ketika harimau kumbang itu melintas. Cahaya lampu kenderaan yang terlalu terang juga mungkin menyebabka­n pandangann­ya terbatas.

“Proses bedah siasat akan dilakukan PERHILITAN bagi mengetahui punca kematian harimau kumbang berkenaan,” katanya.

Ahmad Azhar berkata, pihaknya menasihati pengguna laluan Sungai Yu terutama pada musim perayaan ini supaya berhati-hati dan tidak memandu laju bagi mengelak kemalangan dengan hidupan liar yang banyak berkeliara­n di kawasan itu.

Beliau berkata, PERHILITAN memasang papan tanda peringatan kawasan lintasan binatang seperti gajah, rusa dan tapir sebagai peringatan kepada pemandu supaya berhati-hati melalui kawasan berkenaan terutama pada waktu malam dan pagi.

Katanya, hampir setiap daerah di negeri ini mempunyai kawasan lintasan binatang dan kebanyakan­nya berada berhampira­n kawasan hutan yang menjadi habitat pelbagai jenis haiwan.

“Setiap tahun PERHILITAN menambah papan tanda peringatan bagi mengelak kemalangan yang boleh menyebabka­n kematian binatang seperti harimau, tapir dan gajah.

“Kemalangan bukan saja boleh menyebabka­n kematian kepada binatang, malah menyumbang kepada kecederaan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya.

 Bangkai harimau kumbang dipercayai dilanggar kenderaan berat ditemui di Merapoh

 ??  ?? HARIMAU kumbang yang ditemui mati di tepi jalan.
HARIMAU kumbang yang ditemui mati di tepi jalan.
 ??  ?? UNIT Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mencari punca kebakaran.
UNIT Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat mencari punca kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia