Harian Metro

BAJU RAYA JUMAAT

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

“Arwah Zahir teringin sangat nak pakai baju Melayu raya untuk solat Jumaat kali ini. Tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi­nya,” kata Ahmad Zaini Mohammad Zali, 39.

Ahmad Zaini yang juga suami kepada arwah Noraida Jalil, 37, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Langkap berkata, dia tidak menyangka pagi Khamis sebelum kejadian kali terakhir dia bertemu isteri dan anak sulungnya, Ahmad Zahirruddi­n Ahmad Zaini, 8, sebelum dua beranak itu disahkan maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

Kemalangan itu berlaku di Kilometer 50 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Batu 29, Sungai Tong, berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta Toyota Corolla Altis yang dipandu mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Isuzu.

Ketika kejadian, mangsa baru saja pulang mengajar hari terakhir di sekolahnya sebelum bercuti raya Aidilfitri bersama dua anaknya datang dari arah Setiu menghala ke rumah sewa mereka di Sungai Tong.

Manakala kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki enam mangsa datang dari arah bertentang­an.

Ahmad Zaini yang juga guru di SK Lubuk Teras berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluargany­a kira-kira jam 2 petang sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Jika diikutkan, Zahir sebelum ini tidak gemar memakai baju Melayu sebaliknya hanya selesa memakai baju-T,” katanya.

 Ibu, anak terkorban

kereta bertembung dengan pacuan empat roda

 ??  ?? NORAIDA dan Ahmad Zahirruddi­n (kanan) bersama ahli keluargany­a.
NORAIDA dan Ahmad Zahirruddi­n (kanan) bersama ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia