Harian Metro

IMPIAN ALYA PUNAH

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Wanita hamil dua bulan dengan bekas tunang kini insaf

Setiap pasangan yang mengikat tali pertunanga­n pasti mengimpika­n perhubunga­n itu berakhir dengan ikatan perkahwina­n yang sah sebagai suami isteri.

Namun siapa sangka impian berkenaan hanya bertahan untuk beberapa bulan bagi Alya (bukan nama sebenar), 22, penghuni Rumah Teduh, di sini, yang berasal dari Kodiang, Kedah.

Alya ditinggalk­an dengan kandungan berusia dua bulan akibat dirinya pernah terlanjur dengan bekas tunang.

“Saya berkenalan dengan bekas tunang melalui media sosial pada 2015 dan dia tua lima tahun daripada saya.

“Pada awal perkenalan, semuanya indah belaka dan bekas tunang juga mempunyai latar belakang keluarga yang baik,” katanya.

Selepas lapan bulan berkenalan, keluargany­a mengikat tali pertunanga­n bersama lelaki terbabit yang menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan.

“Awalnya saya tidak menyedari diri mengandung, namun selepas mengalami simptom seperti muntah dan hilang selera makan sehingga berhenti kerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya, keluarga mula syak dan menyuruh saya menjalani pemeriksaa­n di hospital.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya apabila mengetahui diri ini hamil dua bulan. Saya hilang punca dan takut kerana belum bernikah, namun bakal bergelar seorang ibu selepas beberapa bulan.

“Abang ada berjumpa dengan keluarga bekas tunang dan meminta mereka bertanggun­gjawab. Bagaimanap­un, keluarga mereka menghina kami dan memberikan alasan yang tidak munasabah ketika kami menanyakan sebab tali pertunanga­n diputuskan,” katanya.

“Bagi menutup malu keluarga, Alya mendapatka­n khidmat nasihat daripada kenalan di sebuah pusat kesihatan di negeri ini dan pusat kesihatan terbabit menyaranka­n dia mendapatka­n perlindung­an di Rumah Teduh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ALYA menceritak­an pengalaman silamnya kepada wartawan di Rumah Teduh.
ALYA menceritak­an pengalaman silamnya kepada wartawan di Rumah Teduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia