Harian Metro

LEBARAN KE-25

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

 Nasi dagang

ibu mentua paling dinanti saudara baru setiap kali

Aidilfitri

“Setiap kali Aidilfitri saya tidak sabar untuk merasa nasi dagang yang disediakan oleh ibu mentua,” kata Norasikin Ong Abdullah, 55.

Menurutnya, ini kali ke-25 tahun dia menyambut Aidilfitri selepas memeluk Islam pada usianya 30 tahun.

Persediaan­nya untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini dilakukan secara sederhana seperti umat Islam yang lain.

“Pada tahun ini, saya merancang untuk menyediaka­n mi kuah dan tapai pulut sesuai dengan tradisi masyarakat Kelantan.

“Dan yang pastinya saya akan ke rumah ibu mentua yang tinggal di kawasan berhampira­n untuk menikmati nasi dagang yang cukup sedap,” katanya di rumahnya di Tawang, di sini.

Menurutnya, dia memeluk Islam selepas memperoleh hidayah daripada Allah tatkala terdengar bacaan ayat suci al-Quran di masjid berhampira­n rumahnya.

“Sebaik terdengar bacaan itu, secara tiba-tiba hati saya terdetik untuk memeluk Islam. Tanpa berfikir panjang saya terus ke Jabatan Hal Eh- wal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Ketika itu saya masih ingat, dua hari lagi, umat Islam akan berpuasa. Saya bersyukur ketika pertama kali menjalani ibadah puasa, rakan serumah dan pemilik rumah sewa banyak membantu saya,” katanya.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, dia bersyukur kerana kini hidupnya lebih tenang selepas mendalami Islam.

“Biarpun sudah 25 tahun berlalu, saya masih dalam proses pembelajar­an untuk lebih mendalami agama ini. Saya bersyukur suami cukup memahami dan sentiasa memberi keizinan kepada saya untuk keluar mempelajar­i Islam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NORASIKIN (duduk dua dari kanan) dan pasanganny­a Fauzi Sulaiman, 54, (berdiri dua dari kiri) bersama anak-anaknya
serta jiran dan rakannya.
NORASIKIN (duduk dua dari kanan) dan pasanganny­a Fauzi Sulaiman, 54, (berdiri dua dari kiri) bersama anak-anaknya serta jiran dan rakannya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia