Harian Metro

PERKENAN NAMA BAHARU

-

Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah Alhaj semalam berkenan merasmikan penamaan semula Masjid Jamek Kuala Lumpur kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Keberangka­tan tiba baginda di masjid tertua di ibu negara itu jam 12.45 tengah hari, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tengku Adnan dalam kenyataan berkata, penamaan semula masjid yang dibina pada 1909 dan satu daripada bangunan ikonik di ibu negara itu adalah atas hasrat Sultan Selangor sendiri memandangk­an lokasi asal masjid ini adalah di dalam negeri Selangor.

Katanya, langkah ini juga adalah suatu inisiatif dalam memelihara khazanah negara yang juga satu daripada ikon pelanconga­n negara.

Sultan Selangor disertai Najib dan jemaah yang lain kemudianny­a menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Jamil Khir.

Ketika membacakan khutbah, Jamil Khir berkata masjid itu yang dibuka pada zaman Sultan Selangor kelima Almarhum Sultan Ala“eddin Suleiman Shah menunjukka­n bahawa raja-raja Melayu sememangny­a amat menitikber­atkan pembanguna­n

Masjid Jamek kini dikenali Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

Islam khususnya pembinaan masjid.

Pembinaan masjid itu, katanya, meningkatk­an lagi kepesatan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor ketika itu dan menjadi mercu tanda perkembang­an syiar Islam.

“Ini antara bukti kukuh bahawa peningkata­n ekonomi dan kemakmuran berkait rapat dengan pembinaan masjid,” katanya.

Jamil Khir berkata, menurut rekod, masjid itu adalah yang tertua di Kuala Lumpur dan menjadi masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sebelum pembinaan Masjid Negara pada 1967.

Tambahnya, masjid di Jalan Tun Perak itu dibina di atas tanah perkuburan Melayu pertama di Kuala Lumpur selepas semua kubur dipindahka­n ke tanah perkuburan Islam Jalan Ampang serta Taman Ibu Kota.

Masjid yang terletak di persimpang­an Sungai Klang dan Sungai Gombak itu mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan dengan kos RM32,615 dengan dana kerajaan dan sumbangan jemaah. - BERNAMA

 ??  ?? SULTAN Sharafuddi­n bersalaman bersama jemaah setelah menunaikan solat Jumaat sambil diiringi Najib.
SULTAN Sharafuddi­n bersalaman bersama jemaah setelah menunaikan solat Jumaat sambil diiringi Najib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia