Harian Metro

TRAFIK BERTAMBAH 40 PERATUS

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Berlaku pertambaha­n trafik sebanyak 40 peratus di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ketika orang ramai mula balik kampung kelmarin dengan jumlah kenderaan dicatatkan adalah sebanyak 2.1 juta berbanding 1.5 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pertambaha­n itu menyaksika­n berlaku kesesakan di beberapa lokasi terutama di kawasan laluan mendaki serta laluan tiga lorong menjadi dua lorong namun trafik terkawal dengan kenderaan masih bergerak walaupun perlahan.

“PLUS menjangkak­an trafik akan terus meningkat menjelang Hari Raya dan tinjauan udara yang dibuat pada hari ini (semalam) mendapati keadaan trafik adalah terkawal namun berlaku kesesakan di beberapa lokasi termasuk arah utara di Slim River dan kawasan Tapah.

“Bagaimanap­un trafik tidak terhenti dengan hanya bergerak perlahan tanpa sebarang insiden yang serius,” katanya dalam sidang media di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara.

Terdahulu, beliau bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Seri Nadzri Siron dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh membuat tinjaun

Jumlah kenderaan di semua lebuh raya

kendalian PLUS dijangka 2.1 juta

udara di sepanjang lebuh raya PLUS dari Subang Jaya hingga ke Tapah.

Tinjauan dibuat bermula jam 2.30 petang hingga 4 petang itu dibuat sempena Operasi Penguatkua­saan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Azman berkata, antara faktor peningkata­n trafik yang tinggi pada musim perayaan kali ini dipercayai disebabkan tiada kenaikan harga tol dan faktor penurunan harga petrol.

Katanya, pihaknya sudah merangka beberapa strategi bagi menghadapi pertambaha­n itu untuk mengagihka­n trafik serta memantapka­n operasi pengurusan lebuh raya bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selesa dan lancar pada musim perayaan ini.

“Rebat tol juga diberi kepada pengguna untuk menarik lebih ramai untuk balik kampung pada hari bukan puncak selain pengguna turut boleh mendapatka­n maklumat terkini trafik di Twitter rasmi PLUS dan aplikasi PLUS Mobile,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? NADZRI (kiri) dan Azman (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada pengguna lebuhraya PLUS.
NADZRI (kiri) dan Azman (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada pengguna lebuhraya PLUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia