Harian Metro

Projek Medini 9 mula terima kemasukan penyewa

-

Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIM) menerusi projek pembanguna­n pejabat premiumnya, Medini 9 di Bandar Medini, dalam proses menerima kemasukan penyewa terdiri daripada syarikat tempatan dan asing.

Projek premium itu yang mempunyai Nilai Pembanguna­n Kasar (GDV) RM300 juta siap dibangunka­n di kawasan seluas 12.7 hektar dan mempunyai konsep pejabat yang mematuhi piawaian

MSC Malaysia Cybercentr­e.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Dr James Tee berkata, pembanguna­n Medini 9 yang juga kawasan pusat perniagaan Iskandar Puteri memberi kesan kepada pembanguna­n kawasan itu.

Beliau berkata, ia menjadikan bandar itu mendapat kepercayaa­n

dalam kalangan pemaju dan pelabur untuk mereka bentuk serta membangunk­an bangunan yang mempunyai piawaian

MSC Malaysia Cybercentr­e

iaitu status bangunan diperkenal­kan Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDec).

“Medini 9 mempunyai 21 tingkat dan ia adalah bangunan strata pejabat premium yang pertama dibangunka­n syarikat dengan menawarkan pelbagai kemudahan kepada penyewa dalam kalangan syarikat berskala kecil hingga besar.

“Bandar Medini yang dilengkapi Internet berkelajua­n laju, bangunan berstandar­d hijau dan berdekatan dengan Kastam Tuas, Singapura serta Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai memberi kelebihan kepada penyewa,” katanya.

 ??  ?? DR Tee (dua dari kiri) pada majlis mengakhiri projek Medini 9.
DR Tee (dua dari kiri) pada majlis mengakhiri projek Medini 9.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia