Harian Metro

Blok kedua pangsapuri servis BBCC dilancar suku ketiga 2017

-

Kuala Lumpur: BBCC Developmen­t Sdn Bhd,pemaju Bukit Bintang City Centre (BBCC) akan melancarka­n blok kedua pangsapuri servis pada suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Richard Ong berkata, blok baru 270 unit itu dijangka mempunyai Nilai Pembanguna­n Kasar (GDV) RM300 juta.

Beliau berkata, selain menikmati kelebihan daripada sambutan yang diterima daripada blok sebelum ini dan kerja tanah yang dimulakan baru-baru ini, mengukuhka­n keyakinan pasaran terhadap projek berkenaan, sekali gus merangsang pembelian.

“Banyak faedah mula datang dan menarik pembeli. Mereka perlu melihat bahawa tapak ini bergerak lancar,” katanya selepas majlis pecah tanah BBCC dan pusat beli-belah Mitsui yang disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, 70 peratus daripada 393 unit blok pertama pangsapuri itu dijual sejak dilancarka­n pada Disember tahun lalu.

Projek BBCC bernilai RM8.7 bilion terletak di tapak bekas Penjara Pudu yang dilaksanak­an konsortium terdiri daripada UDA Holdings Berhad, Eco World Developmen­t Group Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Projek dibangunka­n di kawasan seluas 7.85 hektar itu mengandung­i gedung beli-belah, hab hiburan, hotel empat bintang, dua blok pejabat strata, lima blok pangsapuri dan menara 80 tingkat berkonsep tiga dalam satu yang mengandung­i pejabat korporat, kediaman mewah serta hotel lima bintang.

Fasa pertama projek itu dijangka siap menjelang Disember 2020 terdiri daripada pusat beli-belah, pusat hiburan, hotel, satu pejabat strata serta dua blok pangsapuri servis yang setara dengan 50 peratus daripada keseluruha­n projek.

Pusat beli-belah Mitsui LaLaport KL bernilai RM1.6 bilion itu dimiliki dan diuruskan MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd, syarikat usaha sama 50:50 antara BBCC Developmen­t dan Mitsui Fudosan Asia.

Dalam perkembang­an lain, Ong berkata, konsortium itu dalam perbincang­an dengan pelabur antarabang­sa berpotensi dari Sepanyol, Australia dan United Kingdom yang berminat turut serta dalam membangunk­an BBCC.

“Buat masa ini, kami tidak menetapkan had. Kami melihat apa yang ditawarkan dan akan melihatnya dengan teliti. Paling penting (pelaburan) itu membawa nilai kepada pembanguna­n kami,” katanya.

 ??  ?? NAJIB mendengar penerangan Ong (kiri) ketika melihat model pembanguna­n BBCC.
NAJIB mendengar penerangan Ong (kiri) ketika melihat model pembanguna­n BBCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia