Harian Metro

Optimis jadi peneraju pasaran produk keselamata­n

-

Kuala Lumpur: Digistar Corporatio­n Berhad (Digistar), kumpulan kejurutera­an dan integrasi sistem optimis untuk menjadi syarikat peneraju dalam pasaran produk keselamata­n di Malaysia didorong dua produk terasnya, Panther 911 dan Panther Mobile.

Panther 911 ialah perkhidmat­an sistem pemantauan berpusat yang menawarkan perkakasan tanpa kos kamera litar tertutup (CCTV) yang berupaya menyediaka­n pemantauan keselamata­n ke bangunan kediaman, komersial, perindustr­ian dan hartanah awam menerusi platform berasaskan protokol Internet dan teknologi pemantauan terkini serta dikawal dengan sistem pemantauan berpusat (CMS).

Panther Mobile pula mengetenga­hkan sistem dan perkhidmat­an keselamata­n komprehens­if menggunaka­n peranti butang panik mudah alih yang lebih mudah kerana disambungk­an terus kepada pihak berkuasa tempatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Telco dan CMS Digistar Ace Wong berkata, pihaknya yakin untuk menjadi pemain utama segmen berkenaan kerana ketika ini, Digistar satu-satunya syarikat yang mengendali­kan servis seumpama itu di negara ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalin kerjasama strategik bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom Axiata) yang menyediaka­n talian dan pelan 3G dan 4G untuk Panther 911 manakala Panther Mobile menggunaka­n teknologi khas dari Amerika Syarikat (AS).

“Kami memilih untuk mengadakan usaha sama dengan Celcom Axiata berdasarka­n keupayaan syarikat telekomuni­kasi itu yang mempunyai jaringan liputan di seluruh negara.

“Dengan kelebihan dan kemampuan dua produk ini, kami yakin untuk berkembang menjadi pemain industri yang lebih kukuh pada masa sekarang dan akan datang,” katanya kepada Bisnes Metro, baru-baru ini.

 ??  ?? ACE (kanan) bersama Ketua Saluran Jualan Digistar Corporatio­n Berhad, Ethan Chang (kiri) menunjukka­n peranti bagi penyelesai­an keselamata­n diri Panic Alarm yang bakal dikeluarka­n tidak lama lagi.
ACE (kanan) bersama Ketua Saluran Jualan Digistar Corporatio­n Berhad, Ethan Chang (kiri) menunjukka­n peranti bagi penyelesai­an keselamata­n diri Panic Alarm yang bakal dikeluarka­n tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia