Harian Metro

7 BIDANG KERJASAMA

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Pakatan strategik antara Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zheijiang Geely Holding Group (Geely Holding) akan merangkumi tujuh bidang kerjasama.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, tujuh bidang berkenaan termasuk Proton akan diberikan hak eksklusif ke atas produk dan teknologi terkini Geely di rantau ini serta akses melepasi pasaran Asia Tenggara dan China.

Beliau berkata, Geely akan menjadikan operasi penyelidik­an dan pembanguna­n milik Proton sebagai pusat kecemerlan­gan mereka di ASEAN, melengkapk­an pelbagai tapak yang sudah mempunyai operasi di seluruh dunia.

“Malaysia akan menjadi hab kereta pemanduan kanan Geely di rantau ini, membolehka­n kapasiti kilang moden di Tanjung Malim digunakan sepenuhya dan mewujudkan peluang baru pekerjaan untuk penduduk tempatan dan luar negara.

“Kilang Proton di Tanjung Malim diberikan peluang untuk memasang kereta Volvo jika ada kapasiti serta tenaga kerja PROTON berpeluang menimba pengetahua­n di pusat penyelidik­an dan pembuatan Geely di Shanghai, California, Gothenburg dan Barcelona,” katanya pada majlis menandatan­gan Perjanjian Muktamad antara DRB-HICOM dan Geely Holding.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan.

Menurut Syed Faisal, tumpuan utama kerjasama itu masih sama iaitu untuk membawa Proton kembali menjadi kereta terlaris Malaysia pada masa akan datang.

“Proton adalah jenama kebangsaan ikonik Malaysia dan ia adalah sim-

 Pakatan DRB-HICOM, Geely bawa Proton ke tahap tinggi

bol pencapaian kejayaan dan semangat perindustr­ian di negara ini.

“Malah, kami berharap melalui usaha sama bersepadu ini akan menjadikan Proton sebagai jenama nombor satu negara dan mencapai kedudukan tiga teratas di rantau ASEAN,” katanya.

 ?? Syed Faisal Albar ?? Kami berharap melalui usaha sama bersepadu ini akan menjadikan Proton sebagai jenama nombor satu negara dan mencapai kedudukan tiga teratas di rantau ASEAN”
Syed Faisal Albar Kami berharap melalui usaha sama bersepadu ini akan menjadikan Proton sebagai jenama nombor satu negara dan mencapai kedudukan tiga teratas di rantau ASEAN”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia