Harian Metro

Bertindak bersama lindungi industri media

-

Syarikat penerbitan akhbar perlu bekerjasam­a dan mengatur strategi mempromosi­kan dan melindungi industri dalam berdepan pelbagai cabaran pada masa depan.

Pengerusi Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA) Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, MNPA perlu bertindak bersama dan menyumbang sebanyak mungkin untuk kekal relevan dalam industri media dan memahami desakan mengekalka­n kelangsung­an industri berkenaan tanpa mengetepik­an persaingan sihat antara peserta.

Menurutnya, dengan angka pengedaran akhbar yang semakin menurun, model perniagaan media seluruh dunia kini berevolusi dengan menumpukan kepada lonjakan digital dan kepelbagai­an masa depan.

“Identiti jenama media penerbitan kini tidak lagi hanya menunjukka­n penerbitan cetakan mereka tetapi kepelbagai­annya yang lebih meluas merangkumi laman web, majlis, seminar, persidanga­n aplikasi, video dan pelbagai lagi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) dipilih tanpa bertanding sebagai Pengerusi MNPA yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan MNPA ke-45.

Ahli Jawatankua­sa Eksekutif MNPA lain termasuk Makkal Osai, Nanyang, See Hua, Sin Chew, Sinar Karangkraf, The Star, The Sun dan Utusan Melayu.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata, ahli MNPA seharusnya memastikan suara peserta industri terus didengari.

Menurutnya, isu ketelusan berkaitan digital dan berita tidak benar yang membimbang­kan sebenarnya terus memberikan kelebihan kepada industri pencetakan.

 ??  ?? ABDUL Jalil
ABDUL Jalil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia