Harian Metro

SATU KAMPUNG TAKUT

- Agensi

 Penduduk mahu bakar anak kambing berupa

manusia bimbang bawa nasib malang

Penduduk sebuah kampung di Afrika Selatan kini dihantui perasaan takut selepas seekor kambing biri-biri melahirkan anak menyerupai manusia yang dianggap dihantar oleh syaitan.

Hampir 4,000 penduduk kampung Lady Frere di Wilayah Timur percaya ilmu hitam dan hubungan seks dengan haiwan menjadi punca kelahiran makhluk aneh berkenaan.

Keadaan itu menyebabka­n Jabatan Pembanguna­n Luar Bandar menghantar pakar selepas gambar anak kambing itu tular di media sosial.

Seorang penduduk berkata, suasana panik menyelubun­gi kampung itu selepas kelahiran anak kambing itu kerana mereka bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku.

“Ramai orang tua yang melihat gambar anak kambing itu percaya haiwan berkenaan dihantar oleh syaitan sebagai satu bentuk amaran.

“Semua penduduk menjadi takut dan mereka mahu anak kambing itu segera dibakar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar, Dr Lubabalo Mrwebi mengakui sekali imbas anak kambing yang mati ketika dilahirkan itu kelihatan seperti manusia tetapi ia bukannya sebahagian daripada manusia.

“Kami mengesahka­n gambar ini adalah asli tetapi ia adalah anak kambing yang dilahirkan cacat dan tidak sempurna pada minggu lalu di Lady Frere.

“Anak kambing ini bukannya manusia dan ia dilahirkan cacat kerana dijangkiti virus RVF pada awal perkembang­an,” katanya.

Menurutnya, pegawai veterinar bakal menjalanka­n bedah siasat terhadap anak kambing berkenaan dan keputusann­ya bakal diumumkan kepada penduduk kampung.

 ??  ?? KELAHIRAN anak kambing menyerupai manusia ini menyebabka­n penduduk kampung takut dan panik. - Agensi PENDUDUK kampung percaya anak kambing ini dihantar oleh syaitan dan membawa nasib malang kepada mereka. - Agensi
KELAHIRAN anak kambing menyerupai manusia ini menyebabka­n penduduk kampung takut dan panik. - Agensi PENDUDUK kampung percaya anak kambing ini dihantar oleh syaitan dan membawa nasib malang kepada mereka. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia