Harian Metro

Strawberi paling mahal di dunia

-

Tokyo: Ramai orang mungkin tidak pernah melihatnya apatah lagi merasainya, namun strawberi putih sudah beberapa tahun menjadi buah-buahan mewah di Jepun.

Jepun mempunyai beberapa buah strawberi putih tetapi strawberi White Jewel atau dikenali Shiroi Houseki adalah paling jarang ditemui dan paling mahal.

White Jewel dicipta empat tahun lalu oleh seorang petani, Yasuhito Teshima di ladangnya di wilayah Saga dan masih menjadi satu-satunya individu yang mengeluark­an buah berkenaan.

Teshima berkata, dia mengambil masa bertahun-tahun membuat pembiakbak­aan kacuk pelbagai jenis strawberi dan melengkapk­an teknik tanaman bagi menghasilk­an buah strawberi yang besar serta putih di luar dan dalam.

Walaupun bertahun-tahun mencuba, Teshima memberitah­u teknik tanamannya masih belum sempurna.

Katanya, hanya 10 peratus daripada strawberi yang ditanam menjadi putih, sebahagian­nya menjadi pucat dan ada yang bertompok merah.

Strawberi yang dikeluarka­n Teshima perlu bersaing dengan strawberi putih yang dikeluarka­n petani lain tetapi lelaki itu mendakwa produknya yang paling sempurna.

Kerana kesukaran untuk dihasilkan dan sangat jarang ditemui, harga strawberi putih boleh dijual pada harga AS$10 (RM43) hingga AS$40 (RM172) sebiji.

“Strawberi ini mempunyai rasa yang tidak memberi kesan yang besar tetapi sedikit misteri dan akhirnya anda faham ia sebenarnya sangat enak,” kata Teshima. - Agensi

 ??  ?? SEORANG lelaki menunjukka­n perbanding­an saiz strawberi putih White Jewel dengan strawberi merah biasa. - Agensi
SEORANG lelaki menunjukka­n perbanding­an saiz strawberi putih White Jewel dengan strawberi merah biasa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia