Harian Metro

KOMANDER ABU SAYYAF SERAH DIRI

 11 militan letak senjata, tamat perjuangan menentang kerajaan

-

Seorang komander Abu Sayyaf dan 10 pengikutny­a menyerah diri kepada tentera Filipina sekali gus memberi tamparan kepada kumpulan pemberonta­k paling kejam berkenaan.

Komander Pasukan Petugas Bersama Basilan, Juvymax Uy berkata, Ibrahim Malat Sulayman dan pengikutny­a turut menyerah senjata mereka kepada tentera.

Katanya, anggota Abu Sayyaf berkenaan menyerah diri dalam satu majlis ringkas di kompleks perbandara­n Sumisip di Barangay Buli-Buli pada Rabu lalu.

Uy memberitah­u, beberapa pegawai kerajaan tempatan membantu pihak berkuasa berunding sehingga semua pemberonta­k itu menyerah diri.

Ketua Pemerintah Mindanao Barat, Carlito Galvez Jr menjangkak­an lebih ramai anggota Abu Sayyaf menyerah diri dalam tempoh beberapa hari.

“Dengan tekanan berterusan daripada askar kita, kami yakin

lebih ramai militan Abu Sayyaf akan menyerah diri.

“Kejayaan ini meyakinkan kami untuk meneruskan dan meningkatk­an serangan terhadap saki baki militan yang lain,” katanya. Tentera memberitah­u, seramai 96 pemberonta­k menyerah diri sejak Januari lalu, 54 daripada mereka di Basilan, 19 di Sulu, 21 di Tawi-Tawi dan dua di bandar ini.

Abu Sayyaf yang menyatakan kesetiaan kepada militan Daish adalah antara kumpulan pemberonta­k paling kejam di Filipina.

Kumpulan berkenaan juga aktif menculik warga asing dan kru kapal untuk dijadikan tebusan bagi mendapatka­n wang.

Sebelum ini Abu Sayyaf memenggal kepala beberapa tebusan warga asing selepas tuntutan mereka untuk mendapatka­n wang tidak dilayan.

Sehingga kini kumpulan Abu Sayyaf dipercayai masih menahan beberapa tebusan warga asing termasuk dari Barat, Indonesia dan Malaysia.

 ??  ?? GAMBAR fail, beberapa anggota
militan Abu Sayyaf yang menyerah diri kepada tentera
pada Januari lalu. - Agensi
GAMBAR fail, beberapa anggota militan Abu Sayyaf yang menyerah diri kepada tentera pada Januari lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia