Harian Metro

Mohon penjara dua bekas pegawai kerajaan

-

Jakarta: Pendakwa raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah menggesa Mahkamah Rasuah Jakarta menghukum penjara dua bekas pegawai di Kementeria­n Dalam Negeri kerana terbabit dalam skandal salah guna kuasa kad pengenalan elektronik atau e-ID.

Pendakwa raya meminta hukuman tujuh tahun penjara terhadap bekas ketua pengarah pendaftara­n penduduk dan awam, Irman serta denda Rp500 juta (RM161,155).

Pendakwa raya juga meminta hukuman penjara lima tahun terhadap bekas pengarah pentadbira­n pengurusan maklumat rakyat, Sugiharto dan denda Rp400 juta (RM128,924).

“Kedua-dua defendan terbukti bersalah atas tuduhan rasuah ini,” kata ketua pendakwa raya, Irene Putrie kepada mahkamah kelmarin.

Kedua-dua tertuduh didakwa terbabit dalam skandal projek e-ID berjumlah Rp5.9 trilion (RM1.9 bilion) dan menyebabka­n negara kerugian mencecah Rp2.3 trilion (RM742 juta).

Seorang ahli perniagaan, Andi Agustinus atau dikenali sebagai Andi Narogong juga dinamakan sebagai suspek dan dibicaraka­n.

Pendakwa raya juga mahu mahkamah mengarahka­n kedua-dua suspek memulangka­n semula wang rakyat yang dicuri mereka.

Kedua-dua tertuduh dijadual memberi kenyataan pembelaan mereka pada 10 Julai ini sebelum mahkamah membuat keputusan.

Skandal pengeluara­n kad pengenalan canggih e-ID itu dianggap skandal rasuah terbesar di Indonesia dan membabitka­n beberapa ahli politik serta pegawai kanan kerajaan. - Agensi

 ?? - Agensi ?? IRMAN (kiri) dan Sugiharto ketika hadir ke Mahkamah Rasuah Jakarta bagi mendengar tuduhan rasuah terhadap mereka.
- Agensi IRMAN (kiri) dan Sugiharto ketika hadir ke Mahkamah Rasuah Jakarta bagi mendengar tuduhan rasuah terhadap mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia