Harian Metro

Obama tidak mahu layanan istimewa

-

Jakarta: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta tidak diberi layanan istimewa dan kawalan ketat sepanjang dia dan keluargany­a bercuti di Bali.

Jurucakap polis Indonesia, Rikwanto memberitah­u, polis hanya menyediaka­n pengawal yang secukupnya dan tidak menutup jalan yang dilalui bekas pemimpin itu.

“Obama tidak mahu diberi layanan yang istimewa, hanya yang wajar sahaja diberikan,” katanya yang dipetik kompas.com.

Bagaimanap­un, katanya, polis menyediaka­n seramai 446 anggota untuk melindungi Obama dan keluargany­a sepanjang enam hari dia bercuti di Bali.

Obama bercuti bersama isterinya, Michelle dan dua anak perempuann­ya, Malia dan Sasha serta beberapa ahli keluargany­a yang lain.

“Kami tetap harus membantu melancarka­n urusannya. Harus dilayan dengan baik untuk keselesaan bekas pemimpin itu,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Bali, Petrus Genhard Golose memberitah­u, dia berharap Obama dapat bercuti dengan tenang di Bali seperti mana yang dinikmati pemerintah Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud sebelum ini.

“Kami melakukan kawalan secara tersembuny­i kerana tidak mahu mengganggu keselesaan Obama dan keluargany­a,” jelasnya.

Obama tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Ngurah Rai semalam dan semua penerbanga­n berjalan seperti biasa ketika ketibaan bekas pemimpin itu. - Agensi

 ??  ?? OBAMA ketika bercuti di pulau British Virgin Islands di Caribbean dalam wilayah Britain pada Februari lalu. - Agensi
OBAMA ketika bercuti di pulau British Virgin Islands di Caribbean dalam wilayah Britain pada Februari lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia