Harian Metro

Polis dituduh perisik dibelasah mati

-

(India): Seorang anggota polis dibelasah mati sekumpulan orang ramai di luar sebuah masjid kerana dituduh menjadi perisik kerajaan.

Menurut saksi, mangsa, Mohammad Ayub Pandith diserang lewat Khamis (waktu tempatan) apabila dia melepaskan tembakan selepas jemaah masjid bersemuka dengannya dan menuduhnya sebagai perisik kerajaan dalam kejadian di Srinagar, bandar utama Kahsmir.

Polis mengeluark­an kenyataan mengesahka­n kejadian itu.

“Dia mengorbank­an nyawanya demi tugas,” kata kenyataan itu.

Menurut saksi, jemaah masjid bersemuka dengan Mohammad Ayub yang tidak memakai seragamnya apabila melihatnya mengambil gambar menggunaka­n telefon bimbit di luar Masjid Jamia di Srinagar ketika mereka mengadakan qiamullail.

Dia kemudian mengeluark­an pistolnya dan melepaskan tembakan menyebabka­n tiga orang cedera. Rakan setugasnya sempat melarikan diri.

“Selepas itu beberapa pemuda terus menerkamny­a dan merampas senjatanya, manakala lebih ramai datang membelasah­nya,” kata saksi yang enggan dinamakan itu.

Polis sudah menahan dua orang manakala seorang lagi suspek sudah dikenal pasti.

Mohammad Ayub diarahkan mengawal keselamata­n di masjid ketika qiamullail diadakan, kata pengarah polis tempatan, S P Vaid.

Sementara itu, pemimpin agama Kashmir Mirwaiz Umar Farooq menyelar pembunuhan itu di Twitter.

“Keganasan dan pembunuhan seperti ini bertentang­an dengan nilai-nilai dan agama kita.

“Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ganas seperti ini terus merosakkan nilai kemanusiaa­n kita,” katanya.

Ratusan penduduk merusuh di kawasan itu selepas kejadian berkenaan dan pihak berkuasa menyekat pergerakan orang ramai bagi mengelak lebih banyak bantahan diadakan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia