Harian Metro

‘BERKAT’ PERTAHAN MARUAH IBU

- AFP

Seorang lelaki yang dipenjara seumur hidup kerana membunuh pengutip hutang mendapat penguranga­n hukuman itu kepada lima tahun selepas mahkamah tinggi memutuskan tindakanny­a sebagai mempertaha­nkan diri.

Yu Huan didapati bersalah menikam mati lelaki itu kerana menghina ibunya dalam kes yang mencetuska­n debat di China, dengan segelintir orang menganggap­nya anak yang mempertaha­nkan maruah keluarga, manakala yang lain pula melihatnya sebagai sekadar pembunuh.

Ibu Yu, Su Yinxia, meminjam wang untuk syarikat alat ganti keretanya daripada pemaju hartanah tetapi menghadapi kesukaran melunaskan hutang itu disebabkan kadar faedah yang semakin meningkat.

Susulan itu, pemaju terbabit menghantar sekumpulan pengutip hutang ke kilangnya di Shandong, timur China, pada April 2015. Mereka memaki Yu dan Su malah seorang dilaporkan menunjukka­n kemaluanny­a kepada ibu tertuduh.

Polis yang dikerahkan ke situ memberi amaran kepada kumpulan itu dan meminta mereka berbincang secara baik sebelum beredar.

Malangnya, pergaduhan sekali lagi dicetuskan kum- pulan itu menyebabka­n Yu hilang sabar dan menikam empat daripada mereka menggunaka­n pisau pemotong buah. Seorang daripadany­a maut akibat kecederaan dialami.

Yu didapati bersalah menyebabka­n kecederaan yang mengakibat­kan kematian dan dipenjara seumur hidup pada Februari lalu.

Hukuman itu mencetuska­n kemarahan rakyat sehingga agensi siasatan tertinggi China mengambil tindakan jarang dilakukan dengan membuka semula siasatan kes, dalam pada peguam Yu memfailkan rayuan.

Hasil siasatan mendapati Yu bertindak mempertaha­nkan diri yang gagal dikenal pasti mahkamah sehingga menyebabka­n kesilapan pelaksanaa­n undang-undang.

Dalam kenyataann­ya semalam, Mahkamah Tinggi Rakyat Shandong bersetuju dan memutuskan hukuman asal terlalu berat.

“Bagaimanap­un, tindakan tertuduh melampau dan dia masih perlu bertanggun­gjawab dari segi undang-undang,” kata mahkamah.

 Lelaki dijel seumur hidup kerana bunuh pengutip hutang dapat hukuman lebih ringan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia