Harian Metro

PEMBUNUH PENGGANAS

- Agensi

Pemandu van yang merempuh jemaah masjid selepas Tarawih, Isnin lalu, menyebabka­n seorang lelaki maut, semalam didakwa atas tuduhan pembunuhan berkaitan dengan keganasan dan cubaan membunuh.

Darren Osborne, 47, yang berasal dari Cardiff, Wales, didakwa di sebuah Mahkamah Majistret di London kerana membunuh Makram Ali, 51, dan mencederak­an 11 yang lain selepas menggunaka­n van sewanya untuk merempuh kumpulan orang ramai di luar Masjid Finsbury Park, Isnin lalu.

Makram meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan dialami dalam itu.

Sejurus sebelum kejadian, Makram jatuh kerana sakit kaki dan sedang dibantu rakannya susulan solat Tarawih sebelum mereka semua tiba-tiba dirempuh van dipandu Osborne.

Osborne ditangkap di tempat kejadian dengan imam masjid melindungi­nya daripada kemarahan orang ramai sehingga polis datang.

Makram yang berasal dari Bangladesh datang ke Britain pada usia 10 tahun dan mempunyai enam anak serta dua cucu.

serangan

Keluarga Osborne turut menyuaraka­n rasa kesal dengan kejadian itu dan mengucapka­n simpati kepada mangsa untuk serangan yang disifatkan ‘gila’ itu.

 Pemandu van rempuh jemaah masjid didakwa di mahkamah

Serangan itu yang keempat di Britain dalam tempoh tiga bulan yang dilabel perbuatan pengganas. Keseluruha­nnya 36 terbunuh serta kira-kira 200 cedera dalam semua kejadian itu.

 ??  ?? MAKRAM
MAKRAM
 ??  ?? OSBORNE
OSBORNE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia