Harian Metro

13 syarat tamat krisis

-

Empat negara Arab yang memboikot Qatar menyenarai­kan 13 syarat untuk menamatkan krisis diplomatik teruk yang kini melanda rantau itu.

Senarai diberikan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain itu antara lain mensyaratk­an pangkalan tentera Turki di Qatar ditutup, selain Doha mesti memutuskan hubungan dengan organisasi dianggap pengganas, ideologi dan sektarian termasuk Ikhwanul Muslimin,

Daish, al-Qaeda dan Hizbullah, serta menyerahka­n semua dianggap pengganas yang ada di jajahannya.

Doha diberi masa 10 hari untuk mematuhi syarat berkenaan sebelum dianggap luput, kata seorang pegawai yang enggan identitiny­a didedahkan. Menurutnya, tuntutan itu diserahkan oleh Kuwait yang menjadi perantara dalam perbalahan itu.

Empat negara Arab itu menuduh Qatar membiayai keganasan, mencetuska­n ketidaksta­bilan serantau dan mempunyai hubungan dengan Iran. Semua dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Doha.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump turut menyatakan pendirian terhadap Qatar yang dituduh menjadi ‘pembiaya tahap tinggi’ keganasan, tetapi pada masa sama menawarkan bantuan untuk menyelesai­kan kemelut itu.

Turki memberi sokongan terhadap Qatar sepanjang tiga minggu sejak krisis bermula. Khamis lalu, ia menghantar kapal pertamanya membawa bantuan makanan ke Qatar selain mengerahka­n kontingen kecil tentera dan kenderaan berperisai ke sana.

Presiden Tayip Erdogan turut berbincang dengan pemimpin Arab Saudi untuk mencari jalan meredakan ketegangan di rantau itu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia