Harian Metro

CABAR MINDA SAINTIS MUDA

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Bertujuan mencabar pelajar dalam bidang asasi sains dan menggalakk­an pembelajar­an interaktif, program Cabaran Sains mengumpul beberapa sekolah cemerlang untuk bersaing dalam pelbagai cabaran saintifik.

Dianjurkan Institut Teknologi Sains Perubatan (UniKL MESTECH) baru-baru ini, program itu mendapat sambutan menggalakk­an pelajar, guru dan kaunselor yang terbabit.

Menerusi pertanding­an MESTECH Science Challenge, terdapat tiga kategori berbeza iaitu kuiz sains & IQ, amali makmal sains dan cabaran inovatif.

Dalam cabaran ketiga, pelajar ditugaskan mencipta mesin Rube Goldberg iaitu sejenis aplikasi kompleks yang melaksanak­an tugas mudah melalui tindak balas berantai dalam masa 90 minit.

Cabaran yang memerlukan tahap kemahiran saintifik dan daya kreativiti tinggi itu menyaksika­n pasukan yang bertanding membina aplikasi yang kompleks dan berfungsi sepenuhnya.

Menurut Ketua Penyelidik­an & Inovasi di UniKL MESTECH,

Dr Izuddin Fahmy Abu, kreativiti yang dipaparkan pelajar sangat cemerlang sehingga menyukarka­n juri memilih sekolah terbaik dalam kategori cabaran inovasi.

“Kreativiti perlu dipupuk pada usia muda. Keupayaan intelek semata-mata tidak menentukan seseorang itu berjaya dalam dunia luar.

“Seseorang itu perlu bersifat kreatif serta pantas dalam membuat keputusan tepat. Saya melihat semua pelajar yang mengambil bahagian dalam Cabaran Sains kali ini memiliki kualiti berkenaan,” katanya pada majlis penutupan program.

Pada tahun ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri Cyberjaya muncul pemenang utama dan menerima trofi kejuaraan serta RM800.

Tempat kedua milik Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat Kajang yang memenangi wang tunai RM400 dan SMK King George V, Seremban, pula di tempat ketiga.

Sekolah lain yang turut

MESTECH Science Challenge kumpul sekolah cemerlang bersaing cipta mesin Rube Goldberg

mengambil bahagian dalam program itu adalah SMK Bandar Tasik Selatan, SM Sains Alam Shah, SMK Convent (M) Kajang, SM Sains Perempuan Seremban, SMK Kajang Utama dan SMK Jalan Reko.

 ??  ?? PELAJAR SMK Seri Puteri Cyberjaya memenangi pertanding­an MESTECH Science Challenge.
PELAJAR SMK Seri Puteri Cyberjaya memenangi pertanding­an MESTECH Science Challenge.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia