Harian Metro

HABUAN MALAYSIAN TIGERS

 Khairy pertimbang skuad hoki ke Program Podium selepas layak ke Piala Dunia 2018

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Selepas mengesahka­n tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India, skuad hoki lelaki negara mendapat khabar gembira apabila mereka akan dipertimba­ngkan untuk disenaraik­an ke Program Podium.

Perkara itu dimaklumka­n sendiri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) yang menganggap pencapaian diraih skuad hoki negara itu satu kejayaan besar.

“Selepas berakhir Sukan SEA, saya sudah minta jawatankua­sa penilaian bagi Program Podium mempertimb­angkan untuk hoki lelaki disenaraik­an ke dalam progam.

“Ini berdasarka­n kepada pendekatan Program Podium iaitu sekiranya satu-satu sukan itu menunjukka­n kemajuan, maka kita sedia untuk melakukan penilaian dan kemudian mempertimb­angkan untuk memasukkan­nya ke dalam program.

“Begitu juga sebaliknya. Kita mengamalka­n konsep keluar dan masuk,” katanya

Pada aksi suku akhir semalam, skuad negara mempamerka­n aksi cemerlang apabila menewaskan India 3-2 sekali gus mara ke saingan separuh akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

Skuad negara akan bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Argentina hari ini.

Sementara itu, Khairy berharap kejayaan skuad hoki negara akan meningkatk­an semangat pasukan wanita untuk cuba meraih keputusan terbaik.

Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika ini sedang beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium yang juga kempen kelayakan untuk Piala Dunia 2018.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia