Harian Metro

Dhaarma gesa anak buah fokus benam Belgium

-

Kuala Lumpur: Selepas dua kekalahan pada aksi peringkat Kumpulan B, Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menuntut barisan pemainnya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan dengan Belgium hari ini.

Ini kerana, perlawanan itu satu-satunya peluang yang dilihat agak cerah untuk Malaysia mengutip tiga mata penuh sekali gus membuka peluang mara ke suku akhir.

“Saya tahu perlawanan dengan Belgium juga cukup sukar tapi kita boleh terus mencuba dan pada masa sama mengharapk­an permainan Belgium tidak menjadi. “Bukan satu tugas mudah untuk menewaskan mereka selepas melihat aksi bertemu Australia. Belgium nampak lebih banyak mencipta peluang berbanding Australia.

“Mereka mampu mencipta peluang tapi gagal untuk menjaringk­an gol,” katanya merujuk kepada kekalahan tipis 0-1 Belgium kepada Australia pada perlawanan peringkat kumpulan B

Aksi kedua peringkat kumpulan semalam menyaksika­n Malaysia kalah 1-3 kepada Sepanyol selepas turut tewas 0-3 ketika bertemu Australia pada perlawanan pertama.

Bagaimanap­un skuad negara mengejutka­n Sepanyol apabila mendahului seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti kapten Siti Noor Amarina Ruhani.

Tersentak dengan jaringan itu, Sepanyol menggandak­an asakan dan akhirnya memperoleh gol penyamaan hasil jaringan padang Carola Salvatella minit ke-28.

Lola Riera meledak dua gol masing-masing minit ke-31 menerusi penalti stroke dan pukulan sudut penalti minit ke-36 untuk mengesahka­n kemenangan Sepanyol.

 ??  ?? SKUAD hoki wanita perlu segera intai kemenangan pertama menentang Belgium.
SKUAD hoki wanita perlu segera intai kemenangan pertama menentang Belgium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia