Harian Metro

MASIH BERBISA

- Aida Adilah Mat aidaadilah@hmetro.com.my

 Gandingan Mun Yee, Traisy raih perak

di Kejohanan Terjun Piala Asia

Biarpun sudah bergelar atlet senior, penerjun negara Leong Mun Yee masih mampu beraksi dengan baik dan menghadiah­kan pingat buat negara.

Pengalaman­nya nyata mampu menghasilk­an satu gabungan mantap ketika beraksi bersama Traisy Vivien Tuket di Kejohanan Terjun Piala Asia di Macau baru-baru ini.

Gandingan mantap dua penerjun negara itu berjaya menghadiah­kan perak buat negara dalam acara 10 meter platform.

Kata Mun Yee, beraksi bersama Traisy bukan sesuatu yang asing kerana mereka juga pernah menghadiah­kan emas ketika di Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.

“Kami mungkin berganding­an bersama di Sukan SEA kali ini.

“Saya harap dapat mengulangi pencapaian lalu dan menghadiah­kan sekali lagi emas buat negara terutama ketika beraksi di Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas mengenai perancanga­nnya selepas ini, atlet kelahiran Perak itu akan berlepas ke Budapest untuk menyertai Kejohanan Dunia.

Namun penampilan­nya kali ini sedikit berbeza apabila dia akan beraksi dalam acara berpasukan buat pertama kali.

“Jika di tanya sasaran, mungkin sukar untuk saya nyatakan kerana ini kali pertama saya beraksi dalam acara berpasukan.

“Tapi saya akan tetap melakukan yang terbaik buat negara dan berharap dapat menyumbang­kan pingat biarpun cabarannya sukar,” katanya.

 ??  ?? MUN Yee (kanan) lakukan terjunan bersama Traisy.
MUN Yee (kanan) lakukan terjunan bersama Traisy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia