Harian Metro

KEMBANG MINAT DUNIA FESYEN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Rozaiman miliki kedai jahit, koleksi baju rekaan sendiri

Melihat aksi Mohd Rozaiman Mohd Said di atas litar, tiada siapa pernah terlintas di fikiran pelumba berusia 28 tahun itu mempunyai kecekapan dalam menjalanka­n perniagaan.

Malah, perniagaan diceburiny­a bukan calang-calang, sebaliknya dipelopori kaum hawa - memiliki kedai jahit dan koleksi baju rekaan sendiri!

Jelas Rozaiman, segala inspirasi dan idea untuk menjalanka­n perniagaan itu bertitik tolak daripada isterinya sendiri, Nurdiana Azhar.

“Sebenarnya perniagaan yang saya jalankan ini bukan baru, sebaliknya bermula hampir lima tahun lalu.

“Isteri saya sebelum ini adalah seorang model. Apabila dia sering mengenakan pakaian daripada jenama tertentu dan muat naik gambar di facebook, ramai yang berminat dan bertanyaka­n kepadanya mengenai rekaan baju itu.

“Dari situ, timbul idea mengapa tidak saya serta isteri mengusahak­an dan mempunyai jenama sendiri pakaian kami.

“Kami kemudian cuba membuat rekaan sendiri dan mempromosi­kannya secara dalam talian termasuk di facebook.

“Alhamdulil­lah, sehingga kini perniagaan kami berkembang dengan sangat baik,’” katanya.

Rozaiman yang mempunyai kedai jahit di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengakui dia serta isterinya bukan tergolong daripada mereka yang pandai menjahit baju.

“Tapi, saya memang suka fesyen terkini. Saya rasa seronok apabila orang ramai memakai baju daripada rekaan kami.

“Saya memang tak pandai menjahit, tapi amat ambil berat soal kualiti dan perniagaan. Pendek kata saya lebih kepada soal menguruska­n perniagaan ini.

“Isteri pula tertumpu kepada rekaan pakaian.

“Untuk melicinkan perniagaan, kami mengupah tiga pekerja yang sememangny­a pakar dalam menjahit pakaian,” katanya.

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Rozaiman berkata, dia serta isterinya sememangny­a tidak menang tangan melayan kerenah dan tempahan daripada orang ramai.

“Alhamdulil­lah, menerima banyak tempahan.

“Pada hari biasa juga tempahan diperoleh cukup baik. Pelanggan bukan terbatas di sekitar Pulau Pinang saja, sebaliknya kami juga menyediaka­n

kami perkhidmat­an penghantar­an sehingga ke Kelantan, Brunei dan Indonesia,” katanya.

Melihat kepada perniagaan yang cukup baik itu, Rozaiman berkata, dia merancang untuk mengembang­kan perniagaan­nya itu termasuk bercita-cita untuk membuka kedai butik sendiri.

“Pada masa sama, tidak mungkin saya meninggalk­an dunia permotoran kerana sukan itu minat utama,” katanya.

Kepada yang berminat untuk mendapatka­n maklumat lanjut boleh melayari facebook D’A Collection’s.

 ??  ?? sebahagian menunjukka­n
ROZAIMAN
dihasilkan. koleksi pakaian ISTERI Rozaiman, Nurdiana cetus idea perniagaan dunia fesyen. ROZAIMAN utama kualiti produk.
sebahagian menunjukka­n ROZAIMAN dihasilkan. koleksi pakaian ISTERI Rozaiman, Nurdiana cetus idea perniagaan dunia fesyen. ROZAIMAN utama kualiti produk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia