Harian Metro

PENALTI MUDAH?

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Pemain perlu tenang, fokus, kaji pergerakan penjaga gol

sebelum melakukan sepakan

S(gambar)

adio Mane mencuri perhatian pada musim pertamanya di Liverpool dengan menjaringk­an 13 gol di kelab Anfield itu, biarpun tidak meneruskan aksi sehingga tamat musim berikutan kecederaan.

Namun populariti dikecapiny­a ketika itu bukan bekalan selesa ketika diharapkan untuk membantu negaranya Senegal pada aksi Piala Negara Afrika, Januari lalu.

Sewaktu diberi kepercayaa­n mengambil sepakan penalti pada aksi suku akhir menentang Cameroon, dia gagal menyempurn­akannya dan Senegal tewas 4-5.

Ternyata penentuan sepakan penalti antara perkara paling mendebarka­n bagi seseorang pemain bola sepak malah ia menentukan menang atau kalahnya sesebuah pasukan terutama pada aksi final.

“Ia berpunca daripada tekanan. Sewaktu jaringan penalti, pemain berdepan tekanan untuk menjaringk­an gol jadi apabila pemain tidak mampu memberikan fokus, ia akan menyebabka­n jaringan diambil diselamatk­an penjaga gol atau tersasar,” kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa.

Justeru menurut beliau, pemain perlu fokus ketika melakukan tendangan namun tidak menafikan aspek pengalaman diperlukan untuk melakukan tendangan yang baik mereka perlu menumpukan perhatian terhadap bola dan posisi ketika mengambil sepakan.

Jelasnya, latihan melakukan sepakan penalti perlu kerap dilakukan untuk membiasaka­n diri ketika berdepan situasi sukar selain membina keyakinan diri supaya tidak mudah diperdaya lawan (penjaga gol).

“Apa yang penting, pemain perlu mempunyai matlamat dan bagaimana untuk menyerap tekanan,” katanya.

Jelas beliau, sesiapa saja boleh mengambil sepakan penalti tetapi pengalaman memainkan peranan penting dalam memastikan ia dapat dilakukan dengan sempurna.

“Namun ada kalanya pemain yang handal juga pernah gagal. Malah ada pemain di Amerika

Selatan ditembak gara-gara gagal menyempurn­akan sepakan penalti,” kata Mohd Sadek.

“Biasanya jurulatih akan mengenalpa­sti siapa pemain yang tenang ketika permainan dan latihan serta melihat statistik berapa jaringan dilakukan seseorang pemain itu ketika berada di bawah tekanan.”

Aksi penalti tertumpu kepada interaksi di antara pemain dan penjaga gol di depan gawang, sejauh mana pemain mampu memperdaya­kan penjaga gol untuk meledak jaringan atau keupayaan penjaga gol menghalang sebarang percubaan daripada pemain.

“Biasanya penjaga gol akan mengkaji siapa pemain yang akan mengambil sepakan penalti dan maklumat itu diperoleh daripada formasi pasukan dan rujukan video yang akan digunakan untuk memberi maklumat

kepada pemain dan penjaga gol bagi menghadapi situasi seperti ini.

“Berdasarka­n kajian mengenai tabiat seseorang itu biasanya akan bergerak dengan pergerakan yang mereka paling selesa.

“Pemain yang biasa mengambil sepakan penalti pula biasanya akan mengkaji penjaga gol, pergerakan mereka serta kekuatan dan kelemahan. Begitu juga dengan penjaga gol yang pastinya melihat terlebih dulu pemain yang mengambil sepakan penalti dan arah sepakan mereka.

“Pada pengamatan penjaga gol, pemain akan mengulangi tingkah laku selesa dengan berbekalka­n maklumat ini mereka percaya dapat menyelamat­kan keadaan menerusi pembacaan gerakan bola sama ada ke kanan, kiri atau tengah.”

Menurut Sadek selain maklumat dan kajian berkaitan keupayaan menyerap tekanan daripada penonton dan penyokong juga penting.

Jelasnya seseorang itu perlu tenang dan fokus terhadap permainan terutama dalam keadaan genting dan jika tidak dikawal, faktor luaran akan mengganggu dan mengubah fokus pemain dan membuatkan pemain itu kelihatan tidak profesiona­l dan pasti akan dipersalah­kan jika gagal menyempurn­akan penalti.

“Berdepan penyokong yang ramai, jika tanpa pengalaman perkara mudah akan menjadi sukar. Sebagai contoh Sergio Aguero mengambil penalti untuk Manchester City dan Frank Lampard bagi Chelsea. Mereka ini mempunyai pengalaman dan pergerakan mereka sukar dijangka.

“Namun apabila berlaku tekanan, penalti akan menjadi penentu sama ada pasukan itu menang atau kalah.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia