Harian Metro

KEKANG DOVIZIOSO

- AFP

Bintang Yamaha Maverick Vinales dan Valentino Rossi akan cuba untuk menghentik­an kebangkita­n penunggang Ducati Andrea Dovizioso di Grand Prix Belanda esok agar dapat melupakan kekecewaan di Barcelona.

Vinales masih kekal penunggang di kedudukan teratas kejohanan dunia - tempat dia kekal berada sejak dari awal musim.

Bagaimanap­un, pendahulua­nnya dikurangka­n kepada tujuh mata oleh Dovizioso selepas penunggang Itali itu meraih kemenangan berturut-turut di Itali dan Catalunya.

Vinales menduduki tempat ke-10 di Sepanyol, dua di belakang Rossi.

Pelumba Sepanyol itu menang dua kali di Assen tetapi aksinya dalam MotoGP bersama Suzuki pada 2016 berakhir di tempat kesembilan dalam perlumbaan yang dilanda hujan.

“Selepas perlumbaan sukar di Catalunya kami tiba di Assen dengan semangat tinggi kerana benar-benar memerlukan kemenangan podium dan mahu meraih sebanyak mata,” kata Vinales yang muncul juara di Qatar, Argentina dan Perancis musim ini.

“Kami tidak boleh berhempas pulas bagi perlumbaan selepas ini, jadi sudah pasti akan memberikan 100%.”

Juara dunia sembilan kali Rossi mendahului seketika kejohanan itu selepas tiga podium penamat berturut-turut di Qatar, Argentina dan Amerika Syarikat.

Tetapi prestasi penunggang veteran Itali itu semakin merudum dan kini berada di tempat kelima dengan 28 mata di belakang Vinales.

Rossi sudah menang tujuh kali MotoGP di trek Assen yang menganjurk­an kejohanan dunia setiap tahun sejak 1949.

“Saya harap dapat kompetitif di Assen kerana mahu menjadikan perlumbaan itu sesuatu yang sengit,” kata Rossi.

Dovizioso berada dalam prestasi terbaik dan akan bermula dari petak pendahulua­n di Belanda pada 2016 sebelum hujan merosakkan usahanya.

“Selepas dua kemenangan di Itali dan Sepanyol, minggu ini menjadi begitu luar biasa buat saya,” kata penunggang Itali itu.

“Walaupun berada di kedudukan kedua keseluruha­n saya tidak mahu memikirkan terlalu banyak mengenai

 Vinales, Rossi mahu lupakan duka di Barcelona

kejohanan ini kerana masih ada banyak lagi perlumbaan dan kami perlu terus bekerja keras untuk meningkatk­an aksi.”

 ??  ??
 ??  ?? VINALES (kiri), Rossi tekad halang kebangkita­n Dovizioso.
VINALES (kiri), Rossi tekad halang kebangkita­n Dovizioso.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia