Harian Metro

MESIN GOL CHILE

- AFP

 Sanchez ledak gol antarabang­sa ke-38 ketika diikat Jerman

Kazan, Russia

Pemain Arsenal Alexis Sanchez menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Chile dengan gol antarabang­sa ke-38 selepas seri 1-1 dengan Jerman dalam kejohanan Piala Konfederas­i semalam.

Bintang Gunners itu yang dipilih pemain terbaik perlawanan, berada dalam buku rekod apabila bijak memanfaatk­an kesempatan kesilapan pertahanan Jerman.

Bagaimanap­un, Lars Stindl menjaringk­an gol keduanya dalam kejohanan ini apabila menyamakan kedudukan untuk juara dunia itu sejurus sebelum rehat bagi berkongsi mata.

“Kami sedar mereka akan menyerang kami sejak dari awal,” kata penjaring gol Stindl.

“Tapi, kami memang berhak dengan keputusan itu. Kami kini sedar yang kami boleh bersaing dengan pencabar hebat.”

Keputusan itu meletakkan juara Amerika Selatan itu di tempat teratas Kumpulan B dengan perbezaan gol daripada Jerman yang juga juara Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan terikat

empat mata, tiga di depan Australia dan Cameroon yang seri 1-1 sebelum itu untuk berada di kedudukan selesa mara ke separuh akhir minggu depan.

Jerman akan menentang Cameroon di Sochi esok manakala Chile berdepan Socceroos di Moscow.

Meskipun tidak menggunaka­n khidmat semua pemain bertaraf bintang untuk kejohanan ini, ketua jurulatih Jerman Joachim Loew masih boleh menamakan empat pemain utamanya.

Beliau bermula dengan pemain sayap pertahanan Jonas Hector dan Joshua Kimmich selain pemain Liverpool Emre Can dan Julian Draxler (Paris

St-Germain) yang semuanya membanggak­an ketika mereka menang 3-2 ke atas Australia, Isnin lalu.

“Secara keseluruha­n, saya sangat gembira,” kata Loew.

“Perlawanan itu bertaraf tinggi dan begitu mencabar dari segi taktikal untuk pasukan muda seperti kami.”

Pengurus Chile Juan Antonio Pizzi bermula dengan pemain berpengala­man, termasuk sembilan yang menewaskan Argentina menerusi penalti pada final Copa America 2016.

“Perlawanan itu begitu bertaraf tinggi dengan kedua-dua pasukan bermain agresif bagi menjadikan­nya begitu menarik kepada peminat,” kata Pizzi.

“Keputusan itu menyerlahk­an tahap permainan di atas padang.”

Selepas menang

2-0 ke atas Cameroon dalam aksi pembukaan mereka, Chile mendahului ketika perlawanan berusia enam minit.

Segala-galanya bermula apabila penjaga gol

Marc-Andre ter

Stegen melorongka­n bola kepada Joshua Kimmich.

Bagaimanap­un, rakan sepasukan Kimmich di Bayern Munich, Arturo Vidal bertindak lebih pantas, menampan bola ke laluan Sanchez dan penyerang tidak menghadapi masalah untuk menjaringk­an gol.

“Agak malang, kami ketinggala­n kerana hantaran buruk dan kesilapan itu dihukum, tapi reaksi pasukan sungguh baik,” kata Loew.

“Ketika perlawanan berlangsun­g, kami menunjukka­n semangat juang tinggi.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia