Harian Metro

Australia nyaris berputih mata

-

St Petersburg: Australia bangkit untuk seri 1-1 dengan Cameroon dalam aksi Piala Konfederas­i semalam, sekali gus mencacatka­n peluang kedua-dua pasukan untuk mara lebih jauh.

Andre Franck Zambo Anguissa meletakkan Cameroon di depan dengan sentuhan terakhir sebelum rehat tetapi penalti Mark Milligan ketika aksi berusia sejam memastikan satu mata buat kedua-dua pasukan Kumpulan B itu.

Tetapi peluang kedua-dua pasukan juara Afrika dan Asia itu untuk berada dalam kelompok dua teratas dan mara ke separuh akhir tampak tipis selepas mereka tewas aksi pembukaan masing-masing awal minggu ini.

Kedua-dua pasukan yang bertemu buat kali pertama, bertukar-tukar aksi menyerang pada awal 20 minit pertama tetapi memerlukan minit ke-37 untuk mencipta peluang terbaik.

Penjaga gol Australia Matt Ryan terpaksa menyelamat­kan keadaan selepas hantaran bijak satu dua di antara ketua pasukan Cameroon Benjamin Moukandjo dan penyerang Vincent Aboubakar.

Juara Afrika itu menamatkan aksi separuh masa dengan beberapa tendangan sudut sebelum mendahului menerusi tendangan terakhir menjelang waktu rehat.

Hantaran jauh melantun melepasi Aboubakar, tetapi sentuhan terakhir Zambo Anguissa menewaskan Ryan.

Pemain tengah Olympique de Marseille itu yang menolak panggilan bermain untuk Cameroon ketika muncul juara Piala Negara-Negara Afrika di Gabon awal tahun lalu, kemudian terlepas menjaringk­an gol kedua pada 10 minit pertama separuh masa kedua.

Australia menyamakan kedudukan pada minit ke-60 apabila Ernest Mabouka menjatuhka­n Alex Gersbach untuk sepakan penalti selepas pengadil Serbia Milorad Mazic merujuk kepada bantuan video untuk menilai kesalahan itu.

Milligan kemudian menyempurn­akan sepakan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia