Harian Metro

SALAH PERKASA LIVERPOOL

- Reuters

 Reds ikat kontrak lima tahun bersama pemain Mesir

Liverpool memuktamad­kan perjanjian untuk pemain sayap Mesir Mohamed Salah dari AS Roma bagi bayaran dilaporkan bernilai 39 juta euro (RM187 juta).

Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama gergasi Liga Perdana itu.

Salah yang pernah bermain untuk Basel, Chelsea dan Fiorentina, mempunyai 52 cap serta menjaringk­an 29 gol antarabang­sa.

Salah kembali ke kancah Liga Perdana selepas dua setengah tahun

bar)

(gam-

meninggalk­an Chelsea susulan kegagalan 12 bulan untuk produktif apabila menjaringk­an hanya dua gol dan enam penampilan dalam aksi liga itu.

“Saya sungguh gembira untuk berada di sini. Saya sangat gembira,” kata Salah kepada laman web Liverpool.

“Saya akan memberikan 100 peratus dan segala-galanya kepada kelab ini. Saya memang benar-benar mahu menang sesuatu bersama kelab ini.”

Pemain berusia 25 tahun itu begitu menyerlah dalam Serie A, menjumpai semula sentuhan yang pernah menjadikan­nya antara bakat paling meningkat di Eropah ketika bersama Basel sehingga mendorong Chelsea untuk membayar 11 juta pound (RM60 juta) untuk mendapatka­n khidmatnya pada 2014.

Selepas enam bulan bersama Fiorentina yang menyaksika­nnya menjaringk­an enam gol dalam tujuh perlawanan pertama, Salah membuktika­n dia antara kuasa besar buat kebangkita­n Roma.

Dia berharap akan menyertai senarai bekas pemain Chelsea seperti Juan Mata (Manchester United), Kevin De Bruyne (Manchester City) dan Romelu Lukaku (Everton) yang menyerlah selepas meninggalk­an Stamford Bridge.

Pengurus Liverpool Juergen Klopp begitu berminat untuk menambah kekuatan dan kualiti pasukannya yang akan mengharung­i kempen Liga Juara-Juara bagi musim 2017-18.

Salah akan bergabung dengan barisan penyerang Liverpool seperti Sadio Mane, Roberto Firmino, Divock Origi dan Daniel Sturridge walaupun Sturridge dikaitkan dengan perpindaha­n.

Penyerang Dominic Solanke yang juga memenangi Kasut Emas ketika bermain untuk England pada Piala Dunia Bawah 20 turut menyertai Reds dari Chelsea.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia