Harian Metro

Tiada alasan pertahan Vingada

-

memulakan karier sebagai jurulatih pada 1981 bersama Belenenses, maka Nelo Vingada

sudah memegang tugas sebagai jurulatih dengan banyak pasukan sebelum dilantik menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia.

Beliau sudah mengalami lebih kurang 137 perlawanan

bersama

bar)

(gam-

Maritimo saja dari 1999 hingga 2003 selain lebih kurang 67 aksi dengan FC Seoul dari Korea Selatan serta Dalian Shide (China).

Jurulatih kebangsaan ini pula membimbing Arab Saudi sebanyak 24 perlawanan selain aksi kejohanan Piala Asia 1996. Seterusnya, beliau turut mempunyai pengalaman bersama pasukan kebangsaan Jordan sebanyak 31 perlawanan.

Dan bermula dari sini, kita akan mula menghitung aksi beliau bermula dengan perlawanan menentang Lubnan baru-baru ini.

Kita tidak boleh menggunaka­n alasan perlawanan pertama untuk menutup perbualan. Vingada bukannya jurulatih yang menghadapi perlawanan pertama dalam hidupnya. Pengalaman antarabang­sa sudah mencukupi, tetapi beliau gagal membantu Malaysia pada 15 minit terakhir.

Dan kita di Malaysia harus mempunyai tanggapan tinggi terhadap seorang jurulatih yang datang dengan resume antarabang­sa menarik.

Seorang jurulatih asing yang tiba di negara ini akan menghadapi masalah menyesuaik­an diri dengan keadaan cuaca serta pemakanan, tetapi apabila menjalanka­n tugas, melatih serta mengendali­kan pasukan bagi menghadapi sesuatu perlawanan tiada alasan patut diberikan.

Kita di Malaysia harus memberi peluang kepada ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan untuk mempertaha­nkan diri dengan keputusan di atas padang. Tapi, kita di Malaysia pula memberi alasan untuk membela ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan.

Kepada pemimpin serta pentadbira­n badan badan sukan, hentikan kebiasaan buruk ini dan menjadi lebih “demanding” sekiranya ingin menjayakan sukan.

Justeru, tidak menghairan­kan apabila Benjamin Mora dilucutkan jawatan dan dikembalik­an ke Johor Darul Ta’zim (JDT II). Yang menghairan­kan adalah keputusan untuk meletak Mora kembali bersama pasukan Liga Perdana itu selepas beliau kehilangan segala kredibilit­i dari sudut pandangan pemain serta penyokong.

Tidak sekali Mora menunjukka­n keyakinan sebagai jurulatih, tetapi jelas beliau belum matang sebagai jurulatih terutama dalam menghadapi perlawanan yang mempunyai tekanan tinggi.

Rekod beliau bersama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebelum ini juga tidak memberangs­angkan. Diharapkan pembanguna­n pasukan JDT II sebagai skuad pembanguna­n tidak akan terjejas.

Pengganti Mora pula datang dengan CV sepanjang lengan. Ulisses Morais jarang kekal lama dengan mana-mana kelab dan perkara ini diharap sudah dikaji terlebih dulu. Apa pula sebab Morais selalu bertukar kelab? Adakah sebab jurulatih ini terlalu bagus sehingga kelab berlumba dapatkan perkhidmat­an beliau?

Atau adakah Ulisses Morais seperti kebanyakan jurulatih sederhana yang sering melompat kelab kerana tidak ada pengaruh?

Walau apapun, Morais akan kendalikan pasukan yang mempunyai 50 peratus pemain terbaik Malaysia, tetapi cabaran beliau adalah meningkatk­an prestasi 50 peratus pemain sederhana di Johor DT.

Pengendali sebelum ini, Mora gagal dan Johor DT masih menduduki tangga teratas Liga Super kerana 50 peratus pemain ini.

Di Melaka United pula, Eduardo Almeida mempunyai tugas dan tanggungja­wab lebih berat kerana harus membangunk­an pasukan tanpa khidmat pemain istimewa.

Di sini corak latihan serta taktik dan strategi diperlukan dan seperti mana Mat Zan Mat Aris buktikan, seorang pengendali akan berjaya sekiranya mempunyai kelebihan mengenali perkakas di tangan.

Apa jua, separuh kedua Liga-M sudah tentu diikuti rapat. Adakah pasukan sudah bersedia memasak kek atau kita masih lagi menjamu rojak?

Selamat Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia