Harian Metro

TERGAMAK BIAR SKUAD NEGARA ‘HANCUR’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Firdaus berang sesetengah pasukan, kelab enggan lepas pemain wakili pasukan kebangsaan

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Firdaus Mohamed nyata berang dengan sikap sesetengah pasukan dan kelab kerana lebih mementingk­an pencapaian liga tempatan daripada agenda nasional.

Jelasnya, isu persiapan skuad bawah 22 tahun negara (B-22) bagi menghadapi kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pertengaha­n bulan depan serta saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos ini seharusnya menjadi keutamaan semua pasukan dalam membekalka­n pemain berkualiti kepada pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, sikap ‘keras kepala’ beberapa pasukan apabila sengaja menimbulka­n isu berkenaan perlu dihentikan segera dengan beliau bercadang mewajibkan semua pasukan beraksi di tiga saingan Liga Malaysia (Liga-M) iaitu Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM supaya menandatan­gani surat akur janji melepaskan pemain sekiranya disenaraik­an.

“Mereka ini sudah melampau (enggan melepaskan pemain). Agaknya mereka sudah lupa objektif penganjura­n liga tempatan hingga tidak mahu membantu pasukan kebangsaan sendiri.

“Kebanyakan kelab dan pasukan sekarang lebih mengutamak­an kejuaraan liga daripada pencapaian pasukan negara.

“Saya fikir kita perlu lakukan perubahan dan saya akan mencadangk­an kepada Presiden FAM (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) serta jawatankua­sa lain untuk mewajibkan semua pasukan dan kelab menandatan­gani surat aku janji.

“Seandainya ada kelab enggan melepaskan pemain atau sengaja menimbulka­n isu, kelab berkenaan boleh dikenakan denda atau hukuman kerana keengganan mengutamak­an agenda nasional.

“Perubahan ini perlu dan saya akan usulkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Hasil laporan akhbar ini, kesulitan jadual Liga-M yang akan bersambung semula pada 1 Julai ini menyaksika­n kebanyakan pasukan agak sukar untuk melepaskan pemain menjalani latihan bersama skuad B-22 negara.

“Apa guna kita hebat dalam liga tempatan, tapi skuad negara pula ‘hancur’ setiap kali bertanding di pentas antarabang­sa. Sebenarnya, sikap mementingk­an diri sendiri yang punca mengapa bola sepak kita tak maju,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia