Harian Metro

HAJAT TAK SAMPAI

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Kannan, Selvaraj digugurkan daripada skuad B-22

Hajat pemain Selangor dan Negeri Sembilan - K Kannan serta Sean Eugene Selvaraj - untuk kekal bersama skuad bawah 22 tahun negara (B-22) tidak kesampaian apabila pengendali­nya, Datuk Ong Kim Swee menggugurk­an dua tonggak itu sejurus berakhirny­a aksi persahabat­an menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Bagi melengkapk­an senarai 26 pemain pada fasa latihan pusat kedua bermula 5 Julai ini, empat pemain baru Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih, Farhan Roslan dan Arif Fadzilah Abu Bakar dipanggil bagi menghadapi perlawanan persahabat­an antarabang­sa bertemu skuad B-22 Myanmar di Stadium Shah Alam pada 13 Julai nanti.

Selepas aksi persahabat­an terakhir itu, Kim Swee bakal menamakan senarai akhir 23 pemain yang akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada 17 Julai bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 selain aksi Sukan SEA di Kuala Lumpur Ogos depan.

Mengulas mengenai kekalahan 1-5 kepada Melaka, bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu menyifatka­n masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum anak buahnya beraksi dalam saingan kelayakan Piala AFC itu.

“Banyak lagi yang perlu kita lakukan dan keputusan hari ini (malam kelmarin) sudah tentu tidak memberi gambaran mengenai kekuatan kita.

“Masih terlalu awal untuk saya mengatakan mengenai kesebelasa­n utama. Kita masih dalam proses pembinaan, mungkin selepas bermulanya fasa kedua sebelum ke AFC saya akan menemui gambaran lebih jelas lagi,” katanya.

Berdasarka­n jadual aksi di Bangkok nanti, skuad negara diundi dalam Kumpulan H dan akan bertemu Indonesia pada 19 Julai diikuti Thailand (21 Julai) dan Mongolia (23 Julai) dengan kesemua aksi berlangsun­g di Stadium Nasional Supachalas­ai.

Mereka akan kembali ke tanah air, sehari selepas itu dan bakal berkumpul semula untuk kem latihan pusat Sukan SEA bermula 1 Ogos hingga acara bola sepak bermula pada 14 Ogos enam hari sebelum temasya dwitahunan itu membuka tirai secara rasmi.

 ??  ?? SELVARAJ
SELVARAJ
 ??  ?? KANNAN
KANNAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia