Harian Metro

CERITA RAYA

-

Tidak dinafikan populariti diraih enam penyanyi remaja ini begitu luar biasa. Berbekalka­n single masingmasi­ng siapa sangka ia membawa tuah kepada mereka.

Lebih bermakna Aidilfitri kali ini memberikan suasana berbeza kepada mereka berbanding sebelum ini.

Ikuti ceritera sambutan Aidilfitri mereka yang turut digelar sebagai BudakBudak Baru Nak Up iaitu Khai Bahar, Haqiem Rusli, Tajul, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Haziq Putera Band.

Penyanyi lagu Bayang ini menyifatka­n sambutan Aidilfitri kali ini buat dirinya begitu berbeza.

“Alhamdulil­lah tahun ini ada rezeki lebih. Selain berbelanja untuk diri sendiri, saya juga membelikan baju raya buat ahli keluarga dan menyediaka­n duit raya.

“Insya-Allah saya berada di kampung bermula raya pertama sehingga keempat. Jadi saya menjemput semua peminat berdekatan untuk datang beraya,” katanya.

Khai yang muncul dengan single raya berjudul Sinar Syawal berkata juadah kesukaan adalah rendang daging dan nasi impit kuah kacang resipi ibunya.

Sama seperti Khai,

Tajul juga seronok kerana dapat menyediaka­n baju dan kelengkapa­n raya buat keluarga di kampung.

“Orang kata ada rezeki lebih untuk dikongsi bersama. Sudah semestinya saya tak sabar nak memberikan duit raya kepada 14 anak saudara.

“Pada raya pertama, kami sekeluarga akan meraikanny­a di Seremban dan kemudian pulang ke Labu. Insya-Allah kalau ada rezeki lebih lagi saya merancang nak mengadakan rumah terbuka,” katanya.

Tajul berkata, setiap kali tibanya Aidilfitri dia pasti mengimbau kenangan dikejar anjing ketika beraya ke rumah jiran tetangga.

Haqiem Rusli akui sambutan Aidilfitri tahun ini begitu istimewa kerana pertama kali beraya sebagai artis.

“Tentu saja ini satu pengalaman baru untuk saya. Lagipun, pada malam raya dan raya pertama saya perlu bekerja.

“Pada malam raya saya terbabit dalam program Pop TV dan keesokan harinya membuat persembaha­n di rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Insya-Allah pada raya kedua atau ketiga baru meluangkan masa berkunjung ke rumah rakan dan saudara mara,” katanya.

Haqiem yang popular

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia