Harian Metro

Artis Thai Berbaju Raya

-

Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan akhir bagi menyambut 1 Syawal yang dijangka esok.

Ada yang sudah balik kampung dan ada yang baru hendak bergerak di lebuh raya.

Seperkara yang nyata, tidak akan meriah sambutan Aidilfitri tanpa lagu raya dan di sana-sini lagu raya sudah berkumanda­ng.

Saban tahun akan muncul lagu raya baru serta yang dinyanyika­n semula (cover version).

Salah satunya adalah lagu raya versi Thailand yang dinyanyika­n tiga beradik dari Narathiwat, Thailand iaitu Khamas Khan, 15, Khalis Khan, 23, dan Khalin Khan, 18.

Menariknya, mereka merakamkan semula lagu Datuk Sharifah Aini, Suasana Hari Raya dalam bahasa Thai yang diberi judul Salam Syawal. Ia kini boleh ditonton di YouTube.

Rakan Papa sempat mengambil foto aksi mereka bertiga sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur, barubaru ini atas jemputan butik fesyen Adre. Mereka bukan saja seronok berbaju raya tapi bangga dapat mempopular­kan lagu raya Malaysia di Selatan Thailand. Pertengaha­n Ramadan lalu Amar Baharin dan isterinya, Amyra Rosli, bertandang ke Alor Setar untuk menjayakan program niaga popular, Mood Republik.

Lalu kesempatan itu diambil pasangan suami isteri terbabit untuk meronda di sekitar bandar raya itu.

Foto ini dikirimkan seorang peminat yang ternampak kelibat mereka di bazar Syawal berhampira­n Stadium Darulaman.

Walaupun Amyra sedang hamil empat bulan dia tetap sudi meluangkan masa untuk melepak dan bertemu peminatnya di Alor Setar.

Baguslah kalau artis rajin layan peminat kerana ia boleh memberi impak positif kepada kepada kerjaya mereka. Pada kesempatan ini Papa juga ingin ucapkan Selamat Aidilfitri, maaf zahir dan batin!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia