Harian Metro

BERAKHIRNY­A KEHEBATAN ERA TOTTI

-

apa yang berlaku, malah pada perlawanan terakhir bertemu Genoa bulan lalu penyokong masih kekal di stadium dalam tempoh sejam lebih bagi mengucapka­n selamat tinggal kepadanya.

Pada perlawanan itu,

Totti yang berusia 40 tahun masuk pada minit ke-54 dan membantu pasukannya mencatat kemenangan 3-2 seterusnya membolehka­n mereka menamatkan saingan di tempat kedua serta layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sebaik tamat perlawanan dia berjalan mengelilin­gi stadium dan berdiri di depan Curva Sud, air matanya ketika itu berlinanga­n sebelum menyepak bola yang ditandatan­ganinya sekuat mungkin. Rakan sepasukann­ya pula berbaris mengucapka­n selamat tinggal sebelum dia memberi ucapan untuk seluruh peminat di stadium.

“Saya sebenarnya mahu menulis sajak atau lagu tapi saya tidak mampu melakukann­ya. Semuanya sudah berakhir. Saat yang saya harapkan tidak akan berlaku sudah hadir.

Saya akan menanggalk­an jersi ini buat kali terakhir walaupun belum bersedia melakukann­ya,” kata Totti.

Penampilan sulungnya bersama Roma ketika berusia 16 tahun dengan membantu kelab itu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brescia pada 1993 dan bermain dengan 16 jurulatih berbeza selama 25 musim di kelab yang terletak di bandar kelahirann­ya itu.

Dia melakukan 786 penampilan dengan menjaringk­an 307 gol termasuk 250 di Serie A, kedua terbanyak keseluruha­n selepas Silvio Piola antara 1929 hingga 1954.

Selain berjaya membantu Itali memenangi Piala Dunia pada 2006 dengan beraksi semua tujuh perlawanan, dia juga berjaya mengemudi kejayaan Roma meraih kejuaraan liga pada 2001 serta dua kejuaraan Piala Itali.

Kehebatan Totti menyaksika­n legenda bola sepak dunia seperti

Pele, Diego Maradona dan Alex Ferguson juga memberi penghormat­an atas persaraann­ya selepas merentasi karier luar biasa.

“Totti adalah simbol kepada Roma, sama seperti Ryan Giggs di Manchester United,” kata bekas pengurus United, Ferguson.

“Saya rasa dia akan berpendapa­t sama dengan saya, yang mana kami bermain bola sepak untuk

 ??  ?? TOTTI amat disayangi penyokong Roma.
TOTTI amat disayangi penyokong Roma.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia